Friday 2 September 2011

Sistem Masyarakat Islam yang Perlu Dihayati
·      Mengabdikan diri kepada Allah dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.
·      Berbuat Ihsan kepada kedua ibubapa iaitu melakukan sesuatu yang boleh menyenangkan hati keduanya.
·      Berbuat baik kepada orang yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan kita dengan menziarahi dan bertanya khabar mereka.
·      Berbuat baik kepada anak yatim iaitu:tidak menyakiti dan mengambil hak mereka dengan tidak sebenar.
·      Berbuat baik terhadap orang miskin(orang yang mempunyai tenaga tapi miskin)walaupun mereka bukan dari kalangan keluarga kita.
·      Berbuat baik kepada jiran yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kita.
·      Berbuat baik kepada jiran yang jauh(bukan keluarga) dengan menjaga hak-hak jiran.
·      Berbuat baik kepada teman yang ada di tepi rusuk kita iaitu isteri atau suami dengan menunaikan segala hak-hak mereka.
·      Berbuat baik kepada orang musafir yang singgah di tempat tinggal kita.
·      Sempena kedatangan bulan syawal yang mulia ini marilah sama-sama kita menghayati sistem sosial masyarakat islam ini.


No comments:

Post a Comment