Sunday 31 July 2011

SYARAT-SYARAT MEMPEROLEHI NIKMAT DUNIA


1)Tidak melampau hukum syara’ yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran,seperti haram,halal,wajib dan sunat.
2)Tidak menyakiti dan mengganggu jiran tetangga.Ajaran Islam menitikberatkan soal hak-hak dan adab kepada jiran.
3)Jangan bermewah-mewah dengan nikmat Allah yang sedang diperolehi.
Firman Allah yang bermaksud:Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan,berupa perempuan-perempuan,anak-anak,harta benda yang bertompok-tompok dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan,haiwan ternak dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah lah tempat kembali.
Lagi firman Allah:Katakanlah:Maukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?Bagi orang-orang yang bertaqwa(tersedia di sisi tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalamnya dan pasangan-pasangan yang suci serta redha Allah.Dan Allah Maha Melihat hamba-hambanya.(SURAH Annisa ayat 14-15)
4)Jangan menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
5)Tidak melalaikan untuk ibadah kepada Allah
Firman Allah yang bermaksud:Tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada Allah.
Firman Allah yang bermaksud:Tuntutlah kamu kepada perkara yang Allah bawa datang kepadamu akan negeri akhirat(perkara ukhrawi)dan jangan kamu lupakan bahagian kamu(urusan hidup)di dunia.
Sesungguhnya dunia hanya sebagai alat untuk umat manusia beribadah dan mencapai keredhaan Allah.Amat malang dan rugi bagi orang yang menjadikan dunia semata-mata sebagai matlamat dalam kehidupan mereka.

TANDA-TANDA ORANG YANG BERTUAH


 1)Orang yang zuhud pada dunia serta gemar hatinya pada akhirat
2)Orang yang mempunyai semangat yang tinggi dalam beribadah kepada Allah.
3)Sedikit bercakap pada barang yang tidak berhajat.
4)Memelihara solat lima waktu .
5)Memelihara diri daripada perkara yang haram dan syubhat.
6)Bersahabat dengan orang soleh.
7)Merendah diri serta tidak takabur.
8)Memberi manfaat kepada orang lain.
9)Mempunyai sifat yang pemurah.
10)Kasih sayang kepada makhluk Allah.
11)Sentiasa ingat mati sebanyak-banyaknya.
      (KATA-KATA ULAMA)

Wednesday 27 July 2011

UCAPTEMA KETUA MUSLIMAT PAS PUSAT

As Salamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Selamat sejahtera dan selamat pagi.
Yang dikasihi Puan Pengerusi Majlis,
YAB Mursyidul Am PAS, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato'
Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, merangkap Menteri
Besar Kelantan Darul Naim,
Yang Berbahagia pemerhati-pemerhati PAS Pusat bagi muktamar kali
ini,
Yang dikasihi YB Timbalan Ketua DMPP beserta saf kepimpinan
DMPP,
Yang dikasihi Ketua-Ketua DMP Negeri dan Ketua-Ketua DMP
Kawasan beserta para perwakilan,
Yang dihormati wakil-wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS dan
para pemerhati,
Yang diraikan seluruh para tetamu yang terdiri daripada mantanmantan
Ketua DMPP, pimpinan-pimpinan wanita PAKATAN RAKYAT,
YB-YB wanita PAKATAN RAKYAT, Isteri-isteri pimpinan AJK PAS Pusat
dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Negeri, suami-suami AJK DMPP,
veteran-veteran PAS, Wakil-wakil NGO, Wakil-wakil Media,
seterusnya para hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Para perwakilan, pemerhati dan tetamu yang dihormati sekalian;
MEMPERTEGAS PERANAN KITA
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 1 -
Firman Allah s.w.t di dalam surah an-Nisa’: ayat 1;
Yang bermaksud:
“ Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan yang telah
menjadikanmu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang telah
menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa) dan juga yang
membiakkan dari kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan
perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu
selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya serta peliharalah
hubungan (silatur-rahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah
sentiasa mengawasi kamu.”
Berdasarkan ayat ini, Allah s.w.t memerintahkan manusia agar
sentiasa bertaqwa kepadaNya kerana Allah s.w.t yang telah mencipta
manusia berkembang-biak lelaki dan perempuan. Sesungguhnya
Allah s.w.t Yang Maha Agong lagi Maha Bijaksana ini tidak
menciptakan manusia dengan sia-sia atau main-main sahaja, seperti
penegasan pada firmanNya lagi di dalam surah al-Mukminun : ayat
115;
Yang bermaksud:
“ Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu secara
main-main (sia-sia) sahaja dan bahawasanya kamu tidak
dikembalikan kepada kami? ”
Sesungguhnya kenyataan dan penjelasan pada ayat-ayat yang lain di
dalam al-Quran memberi keterangan bahawa tujuan Allah s.w.t
mencipta manusia tidak lain tidak bukan hanyalah untuk manusia
memakmurkan bumi dengan beribadat kepadaNya. Manusia perlu
mengurus, mentadbir dan memimpin diri, keluarga, masyarakat,
negara dan dunia amnya dengan menjadi khalifah Allah iaitu
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 2 -
melaksanakan segala amanah syariat yang terkandung di dalam al-
Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Tuan-Puan yang dihormati sekalian;
Inilah tugas dan tanggungjawab kita terutama ahli-ahli dan
pendokong-pendokong PAS. Amanah ini adalah jihad kita. Amanah
ini mesti difahami dan digalas dengan sebaik mungkin agar hidup
yang pendek di dunia ini tidak menjadi aset dukacita dan sengsara
kita bila bertemu dengan Allah Rabbul Jalil di hari akhirat kelak.
Oleh itu diharapkan muktamar kita ini dan muktamar PAS Pusat yang
akan berlangsung pada 3 hari berikutnya serta mesyuarat-mesyuarat
agong yang telah berjalan disemua peringkat menjadi medan terbaik
untuk kita bermuhasabah terhadap gerak kerja yang telah dilakukan
serta merancang dan memberi cadangan-cadangan untuk
mempertingkat mutu gerak kerja kita selanjutnya. Apatah lagi kita
akan berdepan dengan PRU ke13 tidak lama lagi.
Tuan-Puan yang dihormati sekalian;
FENOMENA MUTAKHIR
I. Kebangkitan Rakyat Timur Tengah.
Kebangkitan rakyat yang bertali arus di bumi umat Islam yang telah
diperintah oleh regim-regim zalim selama ini benar-benar
memberikan rangsangan dan harapan baru kepada pencintapencinta
kebenaran dan keadilan khususnya kepada kita para
pendokong Pakatan Rakyat.
Kejatuhan Zein el Abidin Ben Ali di Tunisia, Husni Mubarak di Mesir
dan bantahan serta penentangan rakyat yang berterusan terhadap
Ali Abdullah Salleh di Yaman dan Muammar Ghadafi di Libya
memberi petunjuk yang sangat jelas bahawa rakyat tidak dapat lagi
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 3 -
menerima kezaliman, ketidakadilan, penindasan dan kronisme
selama-lamanya atas nama apa sekalipun.
Saatnya telah tiba kepada pemimpin-pemimpin yang angkuh
mendabik dada, punyai kekuasaan, harta bertimbun-timbun,
dikelilingi kekuatan polis dan tentera, dengan monopoli media massa
negara, pakar-pakar risikan dan sokongan kuasa-kuasa besar dunia,
mulai merasa bimbang dan curiga bahawa kedudukan mereka tidak
selamat lagi.
Mereka juga menyedari bahawa mereka tidak dapat lagi membeli
rakyat dengan rasuah wang ringgit dan janji-janji manis. Semua
bentuk kepura-puraan dan kebatilan telah runtuh dengan
kebangkitan rakyat yang tidak dapat dibendung lagi.
Kekuasaan ekonomi dan ketenteraan sudah tidak bermakna lagi
apabila segenap kelompok rakyat bangkit keluar ke jalan raya dengan
penuh semangat melahirkan penentangan yang benar-benar
komited dan berani.
Kekuatan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada rakyat jelas
menampakkan suatu kekuatan yang luar biasa. Suatu kekuatan yang
mewujudkan gelombang kebangkitan dan arus yang amat deras yang
tidak dapat dihalang dan dihentikan dengan semburan air asid dan
pemedih mata malah ledakan peluru-peluru dan bom pemusnah.
Apatah lagi dengan rasuah wang ringgit dan janji-janji manis.
Dalam konteks Malaysia, kesedaran rakyat dan arus gelombang ini
kita lihat sudah mulai menerjah ke pantai. Kita semua sebagai
pendokong Pakatan Rakyat hendaklah bersedia menyambut isyaratisyarat
jelas yang telah diberikan oleh rakyat sejak tercetusnya
tsunami politik Mac 2008 di ikuti dengan 16 PRK yang telah berlaku
termasuk PRUN Sarawak yang telah berlangsung baru-baru ini.
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 4 -
Penolakan rakyat terhadap UMNO/BN terutamanya daripada mereka
yang berada di bandar-bandar serta pinggir-pinggir bandar telah jelas
kelihatan. Mereka telah muak dengan kejelekan yang dipamerkan
oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang rakus dan penuh dengan
agenda-agenda kepura-puraan, penipuan dan kepentingan peribadi
serta kroni-kroni.
Yakinlah wahai para muslimat sekalian bahawa UMNO/BN pasti akan
tumbang, jatuh tersungkur menyembah bumi. Segala bentuk
perancangan, penyelewangan, ketidakadilan dan kezaliman
UMNO/BN sedang memuncak, seolah-olah sudah sempurna menjadi
satu sistem yang akan menjerat mereka sendiri tanpa ada jalan
keluar.
Mereka telah lupa dengan firman Allah s.w.t di dalam al-Quran pada
surah Ali Imran : ayat 54 ;
Yang bermaksud:
“ Mereka merancang dan Allah juga merancang. Ingatlah, Allahlah
sebaik-baik perancang (tanpa mereka ketahui). ”
II. Bencana Alam dan Tsunami di Jepun.
Merenung dan menginsafi terhadap kedahsyatan tsunami yang
berlaku di Jepun baru-baru ini, serta beberapa bencana alam seperti
gempa bumi, banjir besar dan ribut taufan yang melanda satu demi
satu ke atas kehidupan duniawi kini, amat nyata terserlah
keperkasaan Allah Ya Aziz.
Kemahuan Allah Ya Muqtadir, Yang Maha Menentukan segala
takdirnya, telah mengalahkan segala kehebatan teknologi dan
komunikasi canggih manusia. Sesungguhnya manusia benar-benar
tidak mampu menghalang segala kehebatan dan kemahuan Allah.
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 5 -
Walaupun kebanyakan manusia mengkagumi kehebatan manusia
dan menyangka dapat menyaingi kehebatan Allah. Namun sangkaan
tersebut ternyata meleset sama sekali. Sesungguhnya benarlah
firman Allah s.w.t pada surah Ali Imran ayat : 54 tersebut.
III. Lebih 5 dekad didominasi oleh UMNO/BN.
Sudah lebih 50 tahun rakyat disogok dan diajar mengkagumi
UMNO/BN. Sehingga ada sebahagian rakyat yang meyakini bahawa
tanpa UMNO/BN mereka tidak akan dapat hidup. Mereka
terperangkap dengan “khurafat” bahawa mereka tidak akan dapat
menikmati keamanan dan pembangunan tanpa kerajaan UMNO/BN.
Mereka menyokong UMNO/BN tanpa berbelah bagi dan membisu,
menutup mata serta memekakkan telinga terhadap sebarang
pengelewangan UMNO/BN.
Media massa yang dikongkong sepenuhnya oleh UMNO/BN berjaya
menjadi seolah-olah alat “ajaran sesat” kepada rakyat. Akibatnya
UMNO/BN menguasai pemikiran rakyat terutamanya di kampungkampung
dimana mereka tidak dapat akses kepada sebarang
maklumat dari media alternatif.
Maka berjayalah UMNO/BN meleyapkan kebergantungan kepada
Allah semata-mata di hati-hati mereka. Sehingga Allah itu hanya
jelas diingat ketika berada di masjid-masjid sahaja. Tetapi pada
kehidupan seharian seumpama tidak ada peranan Allah dalam
membantu dan menguruskan makhlukNya.
Semua tindak-tanduk kerajaan UMNO/BN digembar-gemburkan,
diperbesar dan diagungkan. Walaupun lidah mereka menyebutnyebut
Allah, tetapi hati-hati mereka gersang daripada
mengagungkan Allah dalam setiap kegiatan hidup seharian mereka.
Mereka juga dilalaikan dengan agenda-agenda hiburan yang
melampaui batas-batas ketentuan Islam.
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 6 -
Menginsafi hakikat ini, bagaimana mungkin hati-hati para pengundi
dan rakyat yang terhijab dari Allah ini dapat menerima Islam sebagai
satu cara hidup yang bersungguh-sungguh di bawa oleh PAS?
Apatah lagi dengan PAS yang sering dilabel sebagai sebuah parti
pemecah-belah masyarakat dan parti yang ketinggalan zaman tidak
up to date
dirumitkan lagi dengan telatah ahli-ahli dan penyokong-penyokong
PAS sendiri yang kadang-kadang tidak mencerminkan keluhuran
akhlak-akhlak Islamiyah yang terpuji.
Oleh itu tiada cara yang lebih mudah bagi memenangi hati-hati
pengundi-pengundi Islam terutamanya, adalah dengan mereka mesti
dilepaskan dari ikatan dan belenggu UMNO/BN. Hanya dengan
kesedaran mereka terhadap Allah dan mengenali diri mereka sebagai
hamba Allah serta mematuhi perintahNya juga menjauhi
laranganNya sahaja dapat melepaskan mereka dari belenggu yang
kejam itu.
Tuan-Puan yang dihormati sekalian;
atau menolak pembangunan? Tambahan pula ia
IV. Kehancuran jiwa umat.
Marilah kita insafi bahawa negara kita sekarang telah parah diserang
oleh musuh-musuh dari kalangan bangsa kita sendiri yang
mengabaikan kebenaran, keadilan dan kesejahteraan umat sejagat.
Serangannya bukan dalam bentuk peluru dan bom pemusnah, tetapi
senjatanya adalah rasuah, gam dan dadah, budaya kuning, hiburan
yang melampau, gaya hidup mewah dan bebas tanpa mengira halal
dan haram, fitnah adu domba, gambar-gambar dan video-video
lucah yang dapat menyelinap masuk sehingga ke dalam bilik tidur
kita.
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 7 -
Sungguh amat malang sekali bahawa kebanyakan rakyat
terutamanya dari kalangan generasi muda Islam baik dari kalangan
lelaki ataupun perempuan telah ramai yang terpesong dan mereka
seolah-olah bangkai bernyawa. Jiwa-jiwa mereka kosong dengan
agama.
Tata susila, keluhuran akhlak dan semangat jihad mereka telah
terkubur. Mereka tidak mampu lagi membela diri mereka sendiri,
apatah lagi mahu menjadi pembela agama, masyarakat dan negara.
Jika dibiarkan berleluasa mereka adalah pengancam kesejahteraan
masyarakat dan keselamatan negara.
Tetapi apakah yang telah dilakukan oleh UMNO/BN untuk
menghadapi ancaman ini? Segala usaha-usaha mereka tidak
mencapai matlamatnya selagi tidak mengikut panduan Ilahi. Kita
yakin semua rancangan dan agenda UMNO/BN tidak akan berjaya
selagi mereka berusaha menghalang PAS membawa umat kepada
kebenaran, keadilan sejagat dan jalan mencapai keredaan Ilahi.
Tuan-Puan yang dihormati sekalian,
MASA UNTUK BEKERJA TANPA HENTI
Masihkah kita berpeluk tubuh menonton dengan sambil lewa
terhadap semua gejala ini? Masihkah kita sibuk dengan hal-hal titik
bengik serta kepentingan kita sahaja?
Marilah kita semua berusaha bersungguh-sungguh merancang dan
mencari jalan penyelesaian. Marilah semua terutama para Muslimat
PAS berganding bahu dalam gabungan besar Pakatan Rakyat berjihad
membimbing, memulihkan dan menghidupkan kembali jiwa-jiwa
mereka.
Kembalikan hidup beragama dan semangat jihad mereka, agar
mereka mampu menjadi pembela agama, umat dan negara. Ingatlah
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 8 -
kedudukan istimewa kita para Muslimat yang telah dianugerahkan
oleh Allah sw.t. Bukankah pepatah telah mengatakan “ tangan yang
menghayun buaian itu dapat menggoncang dunia?.”
Muslimat PAS perlu lebih cergas dan bijak mencari dan
menyelesaikan permasalahan kronik ini. Jangan biarkan generasi
muda kita dirasuk oleh UMNO/BN. Sanggupkah kita melihat anakanak
kaum kerabat dan sahabat karib serta jiran tetangga kita
menjadi mangsa kebejatan kehidupan sekular ini.
Ingatlah sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan sesuatu umat
itu banyak bergantung kepada sumbangan generasi muda lelaki dan
wanita yang cergas bertenaga dan bijak membawa perubahan.
Muslimat PAS perlu membawa mereka menyedari akan potensi
mereka agar mereka memperolehi kekuatan intelek, emosi, fizikal
dan spiritual yang dapat menjayakan perubahan serta kemajuan.
MARA BERSAMA KE MEDAN JIHAD
Bangkitlah wahai Muslimat terutama Muslimat Muda PAS bersamasama
berjuang di dalam gerakan kebenaran dan misi kesedaran ini
tanpa lengah dan bertangguh-tangguh. Mari kita bergerak di dalam
satu saf jamaah bersepadu secara terancang dan tersusun mengikut
kemampuan kita dan terus mara ke medan jihad. Selagi kita tidak
bermula dengan mengharapkan orang lain, selagi itu kita tidak akan
mampu menahan gelombang dakyah kehidupan sekular yang
membawa dosa dan kemaksiatan secara bersaorangan.
Masa untuk bersenang-senang, sembang-sembang di atas tangga,
membeli-belah tanpa menghirau masa di pasaraya, bersantai-santai
dengan teman membiar masa berlalu begitu saja, duduk berjam-jam
di depan tv, melayari internet tanpa tujuan perlulah dihentikan
segera.
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 9 -
Masa untuk sibuk dengan agenda peribadi sahaja telah berakhir!
Marilah kita bersama-sama turun padang mengharungi segala onak
dan duri. Masa untuk kita terlalu singkat sedangkan terlalu banyak
perubahan dan pembaikan yang perlu dilakukan. Kerana kematian
dan pertemuan dengan Allah sangat hampir. Kita amat bimbang
amanah yang dipikul ini tidak sempat ditunaikan dengan baik.
Firman Allah s.w.t pada surah Ali Imraan : ayat 142;
Yang bermaksud:
“ Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada
hal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang
berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara
kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar
(tabah dan cekal hati dalam perjuangan) ? “
Tuan-Puan yang dihormati sekalian;
TARBIYAH DARI ALLAH S.W.T
Allah Rabbul Alamin, Yang Maha Mendidik Alam sentiasa menjadikan
segala sesuatu kejadian sebagai iktibar serta pengajaran bagi mereka
yang mahu berfikir.
FirmanNya pada surah Ali Imraan : ayat 190 dan 191;
Yang bermaksud:
“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran
malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan
keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orangorang
yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri
dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka
pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata)
wahai tuhan kami tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 10 -
dengan isia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab
neraka.”
Oleh itu marilah kita merenung kembali beberapa peristiwa yang
telah berlaku pada masa dulu dan sekarang bagi mengambil mutiaramutiara
perjuangan untuk menyemarakkan daya juang serta
kejayaan jihad kita.
I. Enam Belas Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Umum Negeri
Sarawak sebagai tarbiyah siyasi dari Allah.
Bermula dengan kemenangan kemudian bersilih ganti dengan
kekalahan demi kekalahan yang kita hadapi pada semua PRK
kebelakangan ini, malah terakhir dengan kita tidak dapat satupun
kerusi pada PRUN Sarawak baru-baru ini, perlu disedari ianya adalah
iktibar dari Allah s.w.t.
Ia menunjukkan mesej yang amat jelas daripada Allah s.w.t bahawa
tiada “
Kejayaan sesuatu perjuangan itu memerlukan usaha-usaha yang
murni, gigih dan bersungguh-sungguh serta berterusan.
Mana mungkin pengundi-pengundi yang tidak langsung mengenali
dan memahami perjuangan PAS dapat semua dirayu dan diyakinkan
dalam hanya 8 ke 10 hari berkempen? Disamping itu dengan penuh
cabaran fitnah dan tohmahan dari UMNO/BN yang tidak segan silu
menggunakan seluruh kekuatan jentera kerajaan pusat dan negeri.
Rasulullah s.a.w telah menunjukkan dengan jelas betapa sesuatu
perjuangan itu mestilah diiringi dengan pengorbanan, komitmen
yang tinggi dan keberanian. Kalaulah setakat beramai-ramai
memenuhi markas-markas dan bilik-bilik gerakan PAS, tetapi tidak
pergi menemui para pengundi, hanya berbekalkan poster dan
kibaran bendera, janganlah diimpikan kemenangan akan datang
bergolek.
magic” dan jalan pintas bagi memenangi sesuatu perjuangan.
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 11 -
Kita mesti semua turun bertemu para pengundi, baik petugas
muslimat mahupun muslimin, bagi menerangkan dan menjelaskan
hasrat PAS bersama-sama agenda Pakatan Rakyat kepada mereka
dengan penuh bijaksana.
Percayalah bayangannya kelihatan sudah hampir akan tiba masa dan
saatnya pengundi-pengundi yang memangkah UMNO/BN hari ini,
mereka itulah juga yang akan menjatuhkan UMNO/BN bila tiba saat
dan ketentuan dari Allah s.w.t.
II. Kejayaan Rasulullah dan para pejuang Islam terdahulu.
Kejayaan Rasulullah membina daulah Islam pertama di Madinah
dimana orang-orang Islam adalah golongan minoriti adalah contoh
teladan unggul perlu diikuti. Setelah hanya 13 tahun baginda
berdakwah di bumi Mekah, dengan diiringi oleh para sahabat dan
pendokong-pendokong setia, baginda berhijrah dan menegakkan
kerajaan di bumi Madinah dengan sokongan penuh penduduk
tempatan.
Apakah resepi kejayaan baginda ini? Resepi utama kejayaan baginda
adalah; pertama keimanan serta keyakinan yang teguh, kedua
ketaqwaan serta ta’abbudi yang mutlak terhadap Allah.
Di atas kedua-dua dasar utama inilah lahir kepimpinan Rasulullah
berjaya merubah keadaan kejanggalan serta kecurangan masyarakat
sekitar. Baginda berjaya merubah kejelekan cara hidup umat serta
kerosakan akhlak dan budi mereka kepada satu sistem hidup yang
bertamaddun, berdisiplin dan harmoni. Maka terciptalah satu
tamadun gemilang yang memberi cahaya kebahagian kepada umat
dan dunia seluruhnya.
Keimanan serta keyakinan yang menjiwai dan membajai kepimpinan
Rasulullah s.a.w melahirkan ciri-ciri unggul dan unik, iaitu;
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 12 -
- Tauhidillah iaitu kepimpinan dan perjuangan yang
mengembalikan umat ke jalan Allah;
- Ta’abbud iaitu mengabdi dan memperhambakan diri hanya
kerana Allah dalam semua urusan hidup;
- Amanah iaitu bertanggungjawab di atas segala urusan yang
dipikul;
- Taslim dan tawakkal iaitu menyerah diri kepada Allah dalam
semua ketatapan tanpa terselit faedah peribadi atau faedah
maddi (kebendaan).
Taqwa serta ta’abbudi pula menjadi intipati kepada kepimpinan yang
bermagnet iaitu yang berkesan lagi berpengaruh. Ianya melahirkan
dua ciri utama iaitu; pertama - jihad lillah (perjuangan kerana Allah)
dan kedua – akhlaqul karimah (akhlak yang mulia).
Dengan kekuatan iman dan yakin serta taqwa dan ta’abbudi inilah
yang menjadi resepi kejayaan gerak kerja baginda di dunia dan
akhirat. Ia kemudiannya meresapi pada perjuangan para sahabat
baginda serta pada para pejuang Islam seterusnya.
Justeru itu dengan izin Allah Islam dapat didaulatkan menerusi
tangan-tangan mereka. Lantas terang dan sejahteralah kehidupan
alam dengan nikmat Islam. Maka benarlah firman Allah dalam surah
al-Anbiya : ayat 107;
Yang bermaksud;
“ Dan tidaklah Kami (Allah) mengutuskan kamu (wahai Muhammad)
melainkan menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
Tuan-Puan yang dihormati sekalian;
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 13 -
SYARAT-SYARAT KEJAYAAN
Setelah kita hayati sedikit paparan resepi kejayaan perjuangan
baginda Rasulullah s.a.w itu, maka untuk kita ulangi kejayaan
tersebut, syarat-syarat berikut perlulah kita patuhi;
I. Keintiman dengan Allah s.w.t
Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Fatihah : ayat 5;
Yang bermaksud:
“ Hanya kepadaMu kami mengabdikan diri dan kepadaMu kami
mohon pertolongan.”
Ikrar dan penegasan kita dalam ayat ini antaranya menunjukkan
bahawa untuk kita layak mendapat pertolongan Allah, hendaklah kita
memberikan kepatuhan dan pengabdian yang mutlak terlebih dahulu
kepadaNya. Hakikatnya kemenangan ataupun kejayaan dalam apa
jua yang kita mahu, adalah dengan izin Allah jua.
Sesungguhnya inilah teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah
dan para sahabat serta para pejuang terdahulu. Samada
kegemilangan Panglima Sallahuddin al-Ayubi yang telah berjaya
membebaskan bumi Palestin dan kota Baitul Muqaddis, mahupun
Sultan Muhammad al-Fateh yang telah menawan kota
Konstantinopel. Para solihin ini beserta pejuang-pejuang mereka
diibaratkan oleh kawan dan lawan dengan ungkapan -
“ abid di waktu malam dan pejuang di waktu siang. “
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 14 -
Kehebatan manusia teladan dan cemerlang ini, mereka berjuang
siang dan malam. Di waktu siang melaksanakan amanah Allah
kepada manusia, pada malamnya mereka merintih dan merayu
kepada Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Memiliki. Jika teladan
inilah dapat kita hayati, semestinyalah kita juga layak menerima
kemenangan dan kecemerlangan seperti mereka juga.
Justeru itu kesibukan kita mendekati Allah akan melahirkan agendaagenda
perjuangan di dalam jamaah seperti mesyuarat-mesyuarat
mengatur strategi tindakan, kempen-kempen penerangan dan
dakwah serta gerak kerja kebajikan masyarakat. Kesibukan kerana
Allah dalam mencari persefahaman dan kata muafakat ini juga akan
melahirkan ikatan ukhuwah fillah yang mensucikan jiwa-jiwa dari
segala kebencian dan buruk sangka, perselisihan berpanjangan dan
penghinaan, cemburu dan hasad dengki serta dendam kesumat yang
memakan diri.
Seterusnya penghayatan kerana Allah ini dapat mengalirkan rasa
kasih sayang ke dalam jiwa-jiwa kita. Bahkan kekuatan kasih sayang
itulah yang memungkinkan kita dengan izin Allah melangkah dengan
langkah yang padu dan mantap menempuh segela rintangan dan
benteng-benteng musuh bagi mencapai kemenangan perjuangan.
II. Jentera yang tersusun rapi.
Firman Allah dalam surah as-Sof : ayat 4 ;
Yang bermaksud:
“ Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk
membela agama Nya dalam barisan yang tersusun rapi, seolah-olah
mereka sebuah bangunan yang kukuh.”
Setiap kita mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Oleh itu
hendaklah kita mencari potensi diri dan meletakkan diri masing
MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 15 -
masing di posisi yang selayaknya. Jangan sesekali memandang
rendah kepada sahabat-sahabat seperjuangan. Hargai setiap
sumbangan walaupun sekecil manapun.
Masukkanlah diri ke dalam ruang-ruang kosong sebagaimana batu
bata disusun menjadi sebuah bangunan yang kukuh. Segala
kekurangan dan kelemahan diri adalah ruang-ruang kita bergantung
antara satu dengan lain. Tiada sesiapa yang sempurna melainkan
Allah s.w.t.
Ketua-ketua diseluruh peringkat seharusnya menyusun ahli-ahli
mengikut keupayaan dan kekurangan masing-masing. Tiada
pekerjaan yang lebih mulia daripada sesuatu pekerjaan yang
dilakukan kerana Allah jua.
Muslimat yang dikasihi sekalian;
III. Bergerak mengikut peraturan dan sikap realisitik.
Saya memohon ketika kita berusaha mengatur gerak langkah kita
dalam segenap urusan jamaah, kita perlu menyesuaikannya
mengikut Perlembagaan PAS. Perlembagaan parti kita digubal
semata-mata untuk melancarkan lagi gerak kerja jamaah secara
tertib dan teratur di semua peringkat.
Jika kita para pemimpin sendiri yang diharap-harapkan memandu
perjalanan parti dan ahli-ahli parti tidak patuh dengan perlembagaan
tersebut, siapakah lagi yang dapat diharapkan untuk mengikutnya?
Perlembagaan parti kita telah melalui proses syura di peringkat
tertinggi dan telah diluluskan oleh Muktamar Tahunan dalam
semangat permuafakatan. Patutkah kita pula kemudian
mengkhianatinya?
Firman Allah dalan surah as-Syura : ayat 38 ;
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 16 -
Yang bermaksud:
“ Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang
menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan
solat dengan sempurna, dan urusan mereka dijalankan secara
bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami berikan padanya.”
IV. Strategi yang berkesan.
Rasulullah s.a.w mengajar pelbagai strategi perjuangan dalam
menghadapi kawan dan lawan. Antara strategi yang dilaksanakan
baginda ialah memastikan setiap perancangan tidak sampai ke
tangan musuh dengan ditanam kerahsian dan sikap hazar di kalangan
setiap jentera.
Bermesyuarat dan berbincanglah bersama-sama kita mengatur
sebaik-baik strategi dalam setiap perancangan yang telah
dipersetujui. Ingatlah kata-kata Saidina Ali k.w :
Yang bermaksud:
“ Kebenaran tanpa peraturan ataupun perancangan dapat
dikalahkan oleh kebatilan yang punya peraturan dan perancangan
rapi.”
Muslimat yang dikasihi sekalian;
PERSEDIAAN PRU KE 13.
Gendang PRU ke 13 sudah dipalu dan mulai hangat kedengaran ke
seluruh pelusuk negara. UMNO/BN telah mula mengembar
MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 17 -
gemburkan slogan-slogan “Satu Malaysia”, transformasi ekonomi
dan sebagainya serta telah menabur janji-janji manis.
Marilah kita tekadkan azam, kuatkan semangat, merancang dan
melaksanakan gerak kerja PRU dengan penuh komitmen. Tiada
alasan menasabah untuk kita masih bertangguh-tangguh. Kita
memerlukan komitmen semua ahli-ahli PAS seluruhnya dan para
muslimat adalah satu komponen penting jamaah kita dalam
menguruskan gerak kerja bagi mencapai kejayaan.
Marilah kita praktikkan segala ilmu dan kepakaran pengurusan dan
perjalanan pilihan raya yang telah kita jalani melalui kursus-kursus,
bengkel-bengkel serta segala pengalaman yang telah kita hadapi
daripada semua 16 PRK dan PRUN Sarawak yang telah berlalu.
I. Menawan hati pengundi-pengundi melalui penerangan dan
dakwah berhikmah.
Mulai sekarang kita sepatutnya telah turun padang mengenal pasti
pengundi-pengundi, mendaftarkan pengundi-pengundi muda dari
kalangan kita dulu, jiran tetangga dan rakan taulan. Kita ziarahi
setiap rumah di bandar-bandar, pinggir-pinggir bandar, di setiap
kampung dan desa menyeru dan meraih mereka agar memilih Islam
yang syumul.
Kita ketuk pintu-pintu hati mereka dengan penuh keinsafan dan
kesedaran beragama serta keharmonian bermasyarakat. Kita
jelaskan juga cita-cita perjuangan PAS –
semua dan terangkan kepada mereka segala tawaran Pakatan Rakyat
seperti yang tertera pada Buku Jingga.
Kita jelaskan perubahan dan pembaikan yang telah dilakukan
terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
Terutamanya peranan muslimat PAS khususnya dan wanita Pakatan
Rakyat amnya dalam urusan pentabdiran kerajaan dengan menerajui
PAS For All – PAS untuk
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 18 -
portfolio yang mencabar seperti pelaburan dan perindustrian,
pendidikan tinggi dan pembangunan insan di Selangor. Juga
menerajui portfolio kesihatan, kebajikan masyarakat dan
pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di Kelantan, Kedah,
Pulau Pinang dan Selangor.
II. Menawan hati rakan melalui ketulusan hati.
Perkukuhkan semangat setiakawan bersama-sama rakan-rakan
seperjuangan kita dalam Pakatan Rakyat, semua wanita ahli-ahli dan
penyokong DHPP, PKR, PSM dan DAP berganding bahu melaksanakan
strategi serta muafakat setempat.
Fokuskan kepada kepentingan dan matlamat bersama dan kecilkan
segala salah faham dan pekara titik-bengik yang menghalang kita
dapat bergerak maju dengan penuh kesepaduan. Kejayaan Pakatan
Rakyat adalah kejayaan kita bersama.
III. Menawan hati lawan melalui strategi bijaksana.
Patuhilah segala arahan pimpinan dalam melaksanakan strategi
menghadapi pihak lawan. Janganlah kita terburu-buru mengambil
keputusan sendiri serta jangan pula bertangguh-tangguh. Ingatlah
contoh teladan para sahabat Rasulullah yang setia mematuhi segala
arahannya. Ambillah tugasan yang kita ukur dengan kemampuan kita
janganlah cemburu dengan kemampuan sahabat dan rakan
seperjuangan. Juga kita perlu berani mencuba dan jangan ragu-ragu
dengan segala keputusan yang telah dimuafakatkan.
PENUTUP
Muslimat yang dikasihi sekalian, sedarilah bahawa apapun jawatan di
peringkat manapun yang diamanahkan kepada kita, jika kita jalankan
dengan penuh komitmen dan keikhlasan pastinya insya-Allah
kejayaan dapat digarap. Jangan lupa bahawa ianya juga merupakan
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 19 -
satu pelaksanaan ibadah yang mendapat ganjaran seperti yang
dijanjikan oleh Allah s.w.t
Sesungguhnya jika kita bersungguh-sungguh penuh komited
melaksanakan segala yang telah diamanahkan kepada kita, ganjaran
pahalanya dapat kepada kita juga bukan orang lain. Firman Allah
dalam surah al-Israa’ : ayat 7;
Yang bermaksud;
“ Jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu
lakukan adalah untuk diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan,
maka (kesan buruknya) berbalik kepada diri kamu juga.”
Akhir sekali marilah kita dengan segala rendah hati memohon agar
Allah memenangkan umat Islam di Timur Tengah dan di mana saja
mereka berada serta memberikan kesejahteraan untuk semua.
Tidak lupa juga kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Jawatankuasa Panatia Muktamar kali ini yang telah bertungkus
lumus menjayakan muktamar ini. Juga kepada Jawatankuasa
Pemilihan PAS Pusat serta semua yang terlibat kita ucapkan dengan
berbanyak terima kasih, semoga ianya akan dikira sebagai amal
jariah yang akan diberikan ganjaran sewajarnya oleh Allah s.w.t.
Mudah-mudahan Allah memberkati Muktamar Dewan Muslimat PAS
Pusat kali ke 51 agar berjaya menjana rumusan dan tindakan susulan
yang matang.
Sekian.
Wa Billahi Taufik Wal hidayah. Wa Salaamu’alaykum Wa
Rahmatullahi Wa barakatuh.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

PAS CAKNA RAKYAT DAN PAS PRIHATIN

23JULAI:Dewan Muslimat kawasan Jerantut bersama Pas kawasan Jerantut telah menyampaikan sumbangan dan beramah mesra bersama warga pesakit di Hospital Daerah Jerantut pada pukul 5.00petang hari ini.Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendengar denyut nadi rakyat yang diuji dengan ujian kesakitan.Turut kelihatan adalah Ketua Nisa kawasan Jerantut.

DEWAN MUSLIMAT JERANTUT EDAR RISALAH

26JULAI 2011:Dewan Muslimat kawasan Jerantut telah menyertai program edar Risalah yang dianjurkan oleh Pas kawasan Jerantut.Program tersebut juga telah disertai oleh wakil Dewan Pemuda Kawasan.Antara Risalah yang diedarkan adalah Risalah Lynas Gebeng(Mengapa Kami Bantah,Buku Jingga Pakatan Rakyat dan lain-lain.Risalah telah diedarkan di Tapak Pasar Malam Inderapura Jerantut.

Sunday 24 July 2011

PBB Kecam Cara Malaysia Urus Perhimpunan Aman Bersih

PBB Kecam Cara Malaysia Urus Perhimpunan Aman Bersih
Selasa, 12 Julai 2011 12:11 Hashim Abdullah
KUALA LUMPUR, 12 Julai: Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) menyelar Malaysia kerana menggunakan pendekatan keras  bagi menangani perhimpunan aman anjuran Bersih Sabtu lalu sehingga menyebabkan seorang peserta meninggal dunia dan lebih seribu yang lain ditangkap.
Turut menerima kesan buruk akibat daripada keganasan pihak berkuasa ialah pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang cedera sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital.
Frank La Rue, pelapor khas PBB mengenai hak kebebasan bersuara berkata, tindakan pihak berkuasa Malaysia mengisytihar perhimpunan itu sebagai haram, menutup bandaraya dan bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan, menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi, menurut beberapa laporan media on line awal hari ini.
PBB menegaskan Malaysia yang turut menggangotai Majlis Hak Asasi Manusia telah ‘mengehadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan’.
Pakar hak asasi manusia PBB melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan ganas pihak polis meleraikan peserta perhimpunan, termasuk melepaskan gas pemedih mata dan menyebur air kimia berasid kepada orang ramai.
Malah tindakan ganas itu turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam tadi.
Malaysia dipilih menganggotai majlis itu tahun lalu kini sedang berhadapan kritikan ekoran undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pastinya menyukarkan peluang untuk dipilih semula.
Insiden kekerasan melampau pihak polis dinafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar namun pelbagai rakaman yang dipertonton oleh media maya terutamanya menunjukkan sebaliknya.


Sumber daripada Pahangkini.net.

Friday 22 July 2011

SIRAH KEWAFATAN RASULULLAH SAW

Sirah Kewaftan rasullulah
Tahun ke 10 hijrah Nabi dan sahabah 10.000 turun kemekah dari madinah
1x sahaja nabi menunaikan Ibadah haji.

Nabi Hanya sekali untuk mendidik kita agar faham Fiq Alawiyat (Yusof al-Qradawai.)

Balik ke Madinah?  Kenapa nabi balik Mekah?  Mekah adalah tanah tumpah lahir nabi.  Segi pahala lebih di Mekah dari pada Madinah.
1.     Nabi kasih Madinah lebih dari Madinah.
2.     Nabi jika musafir dia akan segera akan balik ke Madinah. Mekah agak panas, madinah agak sejuk , tenang dan orngnya lembut, mekah agak keras.

Balik Mekah nabi sempat  hidup 4 bulan saja , Zulhijjah, Muharram, Safar, Rabiul awal sebelum wafat.

Aiyasah r.a 2 minggu sebelum wafat baginda bagitu kerap menzariahi perkuburan baqi pada waktu malam (pada pertengahan malam).
Aysiah r.a Tanya kenapa , Nabi Jawab kerna nak mengisafi akan dirinya.

Kubur adalah tempat pemantauan hati manusia?

Suatu pagi Nabi balik ziarah kubur Nabi sakit yang membawa kewafatan Nabi

1.      Sakit Kepala yang amat sangat
2.     Sakit Deman Panas – Teruk mintak air nabi baca Fatihah dan 3 Qul.
Nabi tiup dan nabi minum separuh dan lapkan keseluruh badan
Berubat dengan air tawar adalah sunah rasullulah disaat akhir2 kehidupan baginda.
3.     Sakit Batuk kering  yangtak henti-henti
Syadina Ali zirah nabi dan menyatakan batuk yang amat sangat.
Nabi jawab ya sakit yang amat sangat 2 org lelaki yang gagah dan kuat yang kedua-dua batuk itulah yang menimpa aku.
Ya aisyah Demi sesungguhnya aku masih lagi terasa kesan racun yang berlaku dipeperang Kahibar dan membawa kewafatan ku.
Nabi buka rasia sebenar apa yang berlaku di peperangan Khaibar.

Perang Khaibar antara Muslimin Madinah dengan Yahudi dikhaibar.
Yahudi inging sobataj nagara Islam Madinah.
Yahudi bergabung


7. Ghazwah Khaibar
Ghazwah Khaibar berlaku pada akhir Muharram, tahun ke-7 hijrah. Khaibar "merupakan sebuah oasis besar yang didiami oleh Yahudi. Terletak 100 batu di utara Madinah menghala ke Syam.

Sebab berlaku peperangan ini: Setelah Nabi s.a.w. memperolehi keamanan daripada pihak Quraisy hasil perdamaian yang dicapai di Hudaibiyyah, Baginda memutuskan untuk membersihkan saki baki Yahudi di sekeliling Madinah.

Tindakan ini diambil setelah Yahudi dibersihkan daripada Kota Madinah. Yahudi di Khaibar mempunyai kubu-kubu yang kukuh. Di dalamnya terdapat kira-kira 10,000 orang pejuang. Mereka juga mempunyai kemampuan senjata dan peralatan yang besar di samping terkenal sebagai pakar muslihat, permainan kotor dan tipudaya. Oleh itu, masalah ini perlu dibersihkan segera sebelum mereka menjadi punca kekacauan dan kebimbangan orang Islam di ibukota mereka, Madinah.

Dengan ini, Rasul s.a.w. bersepakat untuk keluar memerangi mereka pada akhir Muharram. Baginda keluar memerangi mereka dalam satu angkatan seramai 1,600 orang pejuang termasuk 200 orang pahlawan berkuda. Baginda telah mengumumkan panggilan perang kepada para sahabat yang menyertai Baginda dalam Ghazwah Hudaibiyyah sebelum ini. Baginda berjalan sehingga tiba di pinggir Khaibar lalu berkata kepada para sahabat: "Berhenti!". Kemudian Baginda berdoa:
،
“Ya Allah, Tuhan seluruh langit dan apa yang dinaunginya, Tuhan seluruh bumi dan apa yang ditanggungnya, Tuhan seluruh syaitan dan apa yang disesatkan mereka, Tuhan seluruh angin dan apa yang diterbangkannya. Kami memohon kepada Kamu kebaikan kampung ini, kebaikan penduduknya dan kebaikan apa yang ada di dalamnya. Kami berlindung dengan Kamu daripada kejahatannya, kejahatan penduduknya dan kejahatan apa yang ada di dalamnya. Maralah kamu semua dengan nama Allah .”

Apabila sampai di Khaibar, Nabi s.a.w. berpengkalan hampir dengan salah satu kubu Khaibar bernama Hisn an-Natoh. Yahudi telah menghimpunkan pejuang-pejuang mereka di dalamnya. Hubab bin al-Munzir mencadangkan agar angkatan tentera Islam berpindah tempat, kerana dia cukup kenal dengan penduduk an-Natoh.
Mereka terkenal dengan panahan yang jauh dan tepat apatah lagi kedudukan mereka terletak lebih tinggi daripada kedudukan orang Islam. Oleh itu, anak-anak panah mereka lebih cepat meluncur turun mengenai barisan tentera Islam. Mereka juga boleh menyerang hendap orang Islam pada
waktu malam dengan berselindung di celah-celah pokok-pokok kurma yang banyak.
Oleh demikian, Rasul s.a.w. bersama tentera Islam mengambil langkah berpindah ke tempat yang lain. Pertempuran kemudiannya bermula dan orang Islam membuka satu demi satu kubu kecuali dua kubu terakhir.
Penduduk kedua kubu tersebut mahu berdamai dengan syaratdarah pejuang-pejuang mereka terpelihara dan zuriat mereka dilepaskan (tidak dijadikan
tawanan). Mereka juga meletakkan syarat agar mereka dibenarkan keluar dari bumi Khaibarbersama-sama zuriat. Mereka setuju keluar dengan hanya sehelai sepinggang. Baginda s.a.w.berdamai dengan mereka dengan syarat-syarat tersebut.
Sekiranya mereka menyembunyikan sesuatu ketika keluar dari kubu tersebut, perlindungan Allah dan rasul-Nya terbatal. Mereka kemudiannya meninggalkan kedua-dua kubu tersebut. Orang Islam mendapati di dalam
kedua-dua kubu tersebut terdapat senjata yang banyak dan lembaran-lembaran Taurat.Yahudi telah datang menuntut kitab tersebut. Baginda mengarahkan agar ia dipulangkankepada mereka.
Bilangan Yahudi yang terbunuh dalam peperangan ini seramai 93 orang
sementara orang Islam yang syahid seramai 15 orang
Bani Qunakah, Quriazah dan bani N adir Husir barak bertakiyah dengan memeluk Islam (Tukang Masak terkenal)

Satu hari beliau memasak daging kambing kegemaran Nabi dan dibahagian paha.
Nabi letak aja dibibir daging tersebut bersuara bahawa dia telah diracun.

Wahai mumad 3x jang makan saya kerana saya telah diracuni oleh Basir bin baraak. …..Itulah lah sebab nabi sakit dan membaw wafat, Ibnu Masaad dalam Fatwanya baginda telah mati syahid.

Pengajaran ………inilah watak yahudi yang penuh api kebencian pada org Islam
Nabi yahya dibunuh Yahudi
Nabi zakiria ……..dibelah kepala nabi dengan gergaji
Nabi isa mengikut aqidah Kristian
Nabi kita Muhammad yahudi membunuh,

Yasir arafat…..belia sakit diramahullah bawa landon mati mengejut….diracun
Syeh ahmad Yasir lepas subuh…..2 peluru pepandu dengan heli apaci.

Mana pemimpin arabjauh lebih jauh dari pada yahudi