Wednesday 21 September 2011

KURSUS PENGGUNAAN BLOG DAN FACEBOOK KEPADA BLOGGERS DAN PENGENDALI FACEBOOK


17 September 2011:Lajnah Penerangan Dewan Muslimat Pas Pahang telah menganjurkan kursus penggunaan blog,facebook dan Smspro kepada bloggers dan pengendali facebook.Antara peserta yang terlibat adalah dari kalangan muslimat dan Nisa'.Setiap kawasan diwajibkan menghantar peserta untuk menghadiri kursus ini.Pembentang dan pengisian slot telah disampaikan oleh Setiausaha Lajnah ICT Pahang Puan NorAmira Shaharudin dan Timbalan ketua Nisa' Negeri Maskhazila Ismail.Semoga jentera parti di kalangan muslimat dapat menjadikan "media baru" sebagai salah satu kekuatan parti dalam meneruskan misi perjuangan.

Tuesday 20 September 2011

Friday 16 September 2011

ANAK LELAKI MANTAN KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KEMBALI KE RAHMATULLAH








15 SEPTEMBER 2011:Anak lelaki Ustazah Azizah bt Khatib Mat iaitu Allahyarham Muhammad Faieq telah kembali ke Rahmatullah pagi ini.Menurut Ustazah Allahyarham telah menghidap penyakit kanser.Allahyarham telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Sultan Ahmad Syah Temerloh.Ustazah Azizah adalah mantan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat dan mantan Ketua Dewan Muslimat Pas Pahang.Dewan Muslimat Pas Pahang merakamkan takziah kepada Ustazah dan keluarga.Semoga Ustazah dan keluarga tabah dan redha atas pemergiaan anaknya.Semoga Roh Allahyarham dicucuri RahmatNya..Alfatihah.

SEKITAR PROGRAM PELANCARAN JENTERA P,RAYA WANITA PAKATAN RAKYAT




Friday 9 September 2011

GEJALA MURTAD BERLELUASA?APAKAH PENAWARNYA?
SISTEM PERUNDANGAN ISLAM
Penggubalan dan perlaksanaan sebuah undang-undang yang boleh menghalang dan mencegah umat Islam dari terjebak kepada gejala murtad(keluar agama).Kerajaan dan rakyat di semua peringkat hendaklah bersatu untuk bersama-sama mencapai dan melaksanakan undang-undang ini.
SISTEM PENDIDIKAN ISLAM
Pemantapan pendidikan ilmu agama yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah dan berasaskan mentauhidkan Allah.Bukan sekadar belajar ilmu untuk berjaya dan lulus di dalam peperiksaan sahaja.Bahkan ilmu yang tahqiq dan menjadi pegangan untuk diri setiap umat Islam dalam menjalani kehidupan.Ilmu yang mesti dipelajari seperti  Ilmu Usuluddin  yang mengesahkan pegangan hati dan aqidah setiap umat Islam.Pendidikan dalam Islam termasuklah Sains,Perubatan dan sebagainya.Islam tidak melarang umatnya mempelajari ilmu sains dan lain-lain.Tetapi pemantapan Ilmu Usuluddin adalah sebagai dasar dan asas kepada ilmu-ilmu yang lain.
SISTEM SOSIAL ISLAM
Kebajikan kepada setiap umat Islam mestilah ditunaikan.Islam mengajar kita bertolong-tolong di antara satu sama lain.Islam melarang kita untuk bersifat individualistik.Islam juga menyarankan supaya umat Islam mengambil berat kebajikan golongan mualaf,miskin,orang kurang upaya,anak yatim.Mewujudkan suasana dan persekitaran yang selamat(Bia’h Solehah) untuk Iman umat Islam adalah sangat penting.Tanggungjawab ini mestilah dipikul oleh setiap orang yang mengaku beragama Islam.
SISTEM EKONOMI ISLAM
Pembahagian harta dan khazanah negara yang adil kepada rakyat.Pemantapan sistem pembahagian zakat kepada golongan yang memerlukan.Kekayaan hasil bumi tidak hanya dikaut oleh segelintir golongan sahaja.Bukan hanya zakat sahaja,bahkan fidyah,infaq dan sedeqah juga berperanan membantu memajukan ekonomi umat Islam,disamping cara bermuamalah yang bebas dari sistem riba’ dan kapitalisme.
SISTEM KELUARGA ISLAM
Pemantapan keluarga Muslim dari semasa ke semasa.Keluarga yang diasaskan dengan pegangan agama Islam yang kukuh.Ibubapa sebagai contoh tauladan yang baik kepada anak-anak dalam setiap amalan kehidupan.

Sunday 4 September 2011

PELANCARAN JENTERA WANITA PAKATAN RAKYAT NEGERI PAHANG DAN JAMUAN HARI RAYA IDULFITRI 1432
TARIKH:16 SEPTEMBER 2011
TEMPAT;DARUL AMIN SUNGAI GAU
SEMUA JENTERA TERLIBAT DIJEMPUT HADIR
“ MUSLIMAT PEMIMPIN PERUBAHAN MENERAJUI KEBANGKITAN”

Friday 2 September 2011

Sistem Masyarakat Islam yang Perlu Dihayati
·      Mengabdikan diri kepada Allah dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.
·      Berbuat Ihsan kepada kedua ibubapa iaitu melakukan sesuatu yang boleh menyenangkan hati keduanya.
·      Berbuat baik kepada orang yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan kita dengan menziarahi dan bertanya khabar mereka.
·      Berbuat baik kepada anak yatim iaitu:tidak menyakiti dan mengambil hak mereka dengan tidak sebenar.
·      Berbuat baik terhadap orang miskin(orang yang mempunyai tenaga tapi miskin)walaupun mereka bukan dari kalangan keluarga kita.
·      Berbuat baik kepada jiran yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kita.
·      Berbuat baik kepada jiran yang jauh(bukan keluarga) dengan menjaga hak-hak jiran.
·      Berbuat baik kepada teman yang ada di tepi rusuk kita iaitu isteri atau suami dengan menunaikan segala hak-hak mereka.
·      Berbuat baik kepada orang musafir yang singgah di tempat tinggal kita.
·      Sempena kedatangan bulan syawal yang mulia ini marilah sama-sama kita menghayati sistem sosial masyarakat islam ini.


KEHILANGAN SEBUTIR PERMATA DI MEDAN DAKWAH TANAH AIR



1 Syawal 1432H:Almarhum Tuan Guru Hj Hasyim(Mudir Pondok Pasir Tumboh)telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 1.10 petang.AlMarhum Tok Guru terkenal dengan panggilan Tok Ayah.Almarhum Tok Guru seorang yang mempunyai akhlak yang tinggi,baik hati.penyayang dan pemurah kepada orang yang kurang bernasib baik seperti anak yatim,muallaf yang susah dan orang miskin.Menurut muridnya,beliau seorang yang ikhlas,istiqamah dan bersemangat tinggi dalam ilmu dan amal,telah menghiasi usianya dengan menyampaikan ilmu-ilmu melalui kitab-kitab ulama' Muktabar.Dengan Taufiq dari Allah beliau telah melahirkan murid-murid yang ramai di seluruh Malaysia dan beberapa negara jiran.Tuan Guru juga telah banyak menyumbang baktinya kepada gerakan Islam dan Pas.Beberapa orang kepimpinan Pas di peringkat kawasan,negeri dan Pusat adalah bekas pelajar Tok Guru.Beliau mempunyai fikrah yang jelas dan sentiasa konsisten bersama Pas.Kebanyakan mudir-mudir dan tok guru pondok di sekitar negeri Kelantan,Terengganu,Pahang,Kedah,Selangor dan lain-lain adalah anak murid Tok Guru Hj Hasyim.Semoga Roh AlMarhum sentiasa dicucuri Rahmat Ilahi..Al-Fatihah.

Sunday 28 August 2011

MERDEKA YANG SEBENAR

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!Kalimah yang dianggap keramat yang sering dilaungkan saban 31 Ogos tiba.Sambutan yang cukup meriah disambut demi untuk menzahirkan kegembiraan menyambut ulangtahun kemerdekaan tanah air dari penjajahan bangsa asing lebih lima dekad yang lalu.Kini 31 Ogos kembali lagi buat kesekian kalinya.Namun sejauh mana pengertian dan penghayatan kepada kemerdekaan yang sebenar dapat direalisasikan oleh umat Islam di era globalisasi ini?Cukup MERDEKA kah kita dengan tiada kedengaran bunyi senapang tentera asing dan tiada lagi juadah ubi kayu rebus(menjadi makanan utama orang Melayu di era penjajahan)?Atau merdekanya umat Islam adalah ketika umat Islam sedang menikmati kehidupan di zaman yang moden,bersama peralatan dan keperluan yang canggih?Pelbagai tafsiran kemerdekaan boleh diterjemahkan mengikut kacamata(cermin mata)yang dipakai.Samada cermin mata hitam,atau perang atau cermin mata jingga dan lain-lain.Di kesempatan ini marilah sama-sama kita melihat dan memahami konsep kemerdekaan yang sebenar dari perspektif Islam.Kemerdekaan yang sebenar adalah memerdekakan diri,keluarga,masyarakat dan negara dari dijajah oleh sesama makhluk.Sejarah telah membuktikan Rasulullah saw telah melancarkan Risalah Tauhid kepada Allah ke seluruh pelosok dunia.Begitu juga dengan perjuangan Rasul-rasul AS yang terdahulu menyebarkan Risalah menyeru umat-umat terdahulu MengEsakan Allah SWT. Telah terbukti tiada kepentingan peribadi Nabi saw di dalam setiap seruan Risalah yang Nabi saw sampaikan kepada umat baginda.Tauhid kepada Allah adalah noktah utama kehidupan seorang hamba Allah.Firman Allah yang bermaksud:Sembahlah Allah dan janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun.(Surah An-nisa’ ayat 36).Allah Taala memerintahkan kepada kita supaya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah.Allah taala turut melarang kita melakukan syirik dan menyekutukan Allah dengan suatu apa pun.Kedua-dua perintah Allah ini jelas menunjukkan kewajiban setiap umat Islam membebaskan diri dari setiap penjajahan makhluk. Ulama’ tasauf mengatakan terdapat empat perkara utama yang menghalang seorang hamba mengabdikan diri kepada Allah iaitu hawa nafsu,dunia(persekitarannya),manusia,syaitan .Sembah Allah bukan hanya solat,puasa,ibadah haji sahaja.Sembah Allah dengan makna mengabdikan diri kepada Allah dan taat setia kepada Allah.Sebagai rumusannya ayat di atas memerintahkan kita supaya mengabdikan diri kepada Allah pada seluruh aspek kehidupan.Mengabdikan diri kepada Allah dalam  hidup bekeluarga dan berumahtangga,mengabdikan diri kepada Allah dalam hidup bermasyarakat dan sebagainya.Taat dan setia kepada Allah dalam perundangan negara,budaya masyarakat dan sistem ekonomi.Umat Islam turut diperintahkan mengabdikan diri kepada Allah kepada setiap perkara yang Allah redha,walaupun hati manusia tidak menyukainya.Nabi saw adalah contoh tauladan yang paling baik dalam ubudiah(sifat kehambaan)seorang hamba.Nabi saw mengamalkan sifat ubudiah dalam setiap aspek kehidupan baginda. Sebagai seorang ayah Nabi saw tetap merasakan baginda adalah seorang hamba Allah(maka baginda menjadi seorang ayah yang soleh).Sebagai seorang Pemimpin utama dalam negara Madinah Nabi saw tetap merasakan baginda seorang hamba Allah yang terikat dengan setiap undang-undang dan hukum Allah.Maka Nabi saw menjadi seorang pemimpin yang adil,amanah dan zuhud.Asas kepada taat adalah Tauhid kepada Allah.Tugas umat Islam pada hari ini bukan setakat membebaskan diri dari terkena bahan radiasi Lynas sahaja,bukan setakat memperjuangkan khazanah negara yang dirampas bangsa sendiri.Tetapi peranan utama kita adalah memerdekakan diri,keluarga dan masyarakat dari terus menjadi hamba kepada hawa nafsu,manusia,syaitan dan dunia.Bukti seorang hamba Allah menjadi seorang manusia yang merdeka adalah:Tiada yang ditakuti melainkan Allah,tiada yang dicintai melainkan Allah,tiada tempat tawakal melainkan Allah.Semoga kita berjaya memperolehi kemerdekaan yang sebenar sempena kemenangan bermujahadah selama sebulan Ramadhan pada tahun ini.
seLAMAT HARI RAYA IDULFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DAN PENDOKONG PERJUANGAN KEBENARAN MINAL AIDIL WAL FAIZIN

Thursday 25 August 2011

HIDUP UNTUK MEMBERI

      Setiap kali bangun dari tidur di waktu pagi,umat Islam sering bertanya dalam hati,memikirkan,"apakah makanan untuk aku makan pada hari ini?,apakah pakaian untuk aku pakai hari ini?kerisauan ini berterusan hinggalah sampai waktu malam.Apabila mata sudah ingin terlelap,maka hati umat Islam berkata-kata untuk kesekian kalinya,"apakah makanan untuk aku makan pada hari esok?apakah pakaian yang aku pakai pada hari esok?Sedangkan rezeki setiap umat manusia telah disuratkan oleh Allah ketika manusia belum lahir ke dunia lagi.Walaupun rezeki manusia telah dicatat,tetapi Allah Taala tetap memerintahkan manusia berusaha,bekerja dalam mencari rezeki sebagai syarat sah tawakal.Tawakal yang diajar syara' adalah beserta dengan usaha dan ikhtiar hamba.
      Setiap rezeki yang diperolehi oleh manusia adalah pinjaman dari Allah Taala sahaja.Bahkan setiap nikmat yang diperolehi adalah suatu uijan yang menguji sejauh mana kesyukuran manusia kepada Allah Tuhan Pemberi Nikmat.
      Firman Allah yang bermaksud:Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan berupa perempuan-perempuan,anak-anak,harta benda yang bertompok dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan,haiwan ternakan dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia,dan disisi Allah tempat kembali yang baik(Surah Ali Imran ayat 14)
      Firman Allah yang bermaksud:Manusia menyangka harta itu kekal bersama mereka(dan mereka kekal bersama hartanya)Surah Humazah ayat 3.
      Di antara tanda seorang manusia bersyukur setelah dapat nikmat adalah membantu saudara sesama Islam yang kurang bernasib baik.Bukan hanya memonopoli,mengumpul dan menyimpan hartanya semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
      Rasulullah sebagai contoh terbaik seorang murabbi yang telah berjaya mendidik minda dan hati para sahabat baginda  dengan Hidup Untuk Memberi.
Rasulullah sering bertanya para sahabatnya di waktu subuh,"Siapakah yang telah membantu saudaranya pada pagi ini"
      Hadis Nabi saw yang bermaksud:Barangsiapa yang melepaskan kesusahan saudara muslimnya dari kesusahan dunia,nescaya Allah melepaskannya dari kesusahan akhirat(Hadis Riwayat Muslim)
      Sempena Ramadhan yang berkat ini,marilah sama-sama kita pertingkatkan pahala dan kebajikan kepada insan lain.Dalam soal kebajikan dan ingin memberi tiada istilah bertangguh.Apabila sudah terlintas di hati ingin bersedeqah,maka hulurkanlah sedeqah.Jangan berlengah-lengah dan berkata,"nantilah bila saya dah kaya raya baru saya nak sedeqah dan buat kebajikan".Apakah ada jaminan kita nak sedeqah di saat kita kaya-raya?atau mungkin kita lebih sibuk dan menghabis duit dengan perkara yang lain seperti:Breakfast di Paris,Dinner di UK..
      Islam ditegakkan dengan ilmu para ulama',harta orang kaya dan keadilan pemerintah.Maka punca seseorang itu jadi kedekut adalah panjang angan-angan,cintakan dunia dan takut mati.Dalam bab harta dunia kita mestilah memandang orang yang di bawah(kurang harta dari kita),supaya lahir sifat syukur dan qanaah dalam hati.Tetapi dalam bab amal ibadah kita mesti lihat orang yang di atas kita(yang lebih banyak ibadah daripada kita)supaya lahir semangat untuk menambah amal ibadah(Maksud Hadis).
      Orang yang mempunyai harta yang banyak akan bertambah hisabnya di akhirat,di antara soalan bocor yang harus dijawab oleh tuan harta adalah Dari Mana Punca harta kamu datang?dan Ke Mana arahnya kamu belanjakan harta tersebut?Sedangkan harta yang kita sumbangkan kepada kebajikan dan jalan Allah akan menjadi penolong kita di hari akhirat..Firman Allah yang bermaksud:Dan infaqkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripadamu,Lalu di berkata(menyesal)"Ya Tuhanku sekiranya engkau berkenan menunda kematianku sedikit masa lagi,maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh."(Surah Al-Munafiquun ayat 10).
      Disaat kita sedang tidur dalam kekenyangan di atas tilam empuk di dalam bilik yang berhawa dingin,di sana masih ada insan yang bekerja kais pagi makan pagi,kais petang makan petang untuk menyambung hidup dengan sesuap nasi bersama anak-anak.Semoga madrasah Ramadhan dapat melatih kita menghayati kesusahan orang lain dan berkongsi nikmat kesenangan bersama umat Islam yng lain.

HARAMKAN TAZKIRAH DI SELURUH PAHANG?

Pengharaman Tazkirah di seluruh masjid dan surau di Pahang telah membangkitkan rasa kecewa umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.Setiap umat Islam yang sentiasa menghayati tazkirah di masjid saban malam Ramadhan mempersoalkan,'Kenapa Tazkirah Mesti Diharamkan?".Sedangkan Tazkirah adalah salah satu makanan untuk rohani umat Islam.Kenapa peringatan(tazkirah) yang menceritakan tentang fadhilat ibadah puasa,tadarus Al-Quran,sedeqah,Qiamullail hendak disekat?Adakah tazkirah Ramadhan telah membawa penyakit gejala sosial pada umat Islam di sepanjang Bulan Ramadhan?Sedangkan tazkirah adalah ubat pada penyakit rohani umat Islam.Sudah menjadi lumrah alam,kebanyakan ubat adalah pahit untuk ditelan.
          Di antara fungsi tazkirah adalah dapat memberi motivasi dan menaikkan semangat untuk ahli jemaah masjid berbuat ibadah wajib dan sunat di Bulan Ramadhan.Tazkirah juga boleh menambahkan ilmu umat Islam dalam ibadah puasa,solat sunat tarawih dan baca Al-Quran.Di antara fungsi yang lain adalah menjadi peringatan kepada umat Islam yang lupa dan lalai kepada tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.
         Firman Allah yang bermaksud:Maka Berilah peringatan(wahai Muhammad)Sesungguhnya peringatan adalah bermanfaat bagi orang yang beriman.
         Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah apabila disebut nama Allah gementar hatinya,Dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya,maka bertambah keimanannya,sedang mereka bertawakal kepada Tuhannya.(Surah Al-Anfaal ayat 2)
        Seharusnya Timbalan Pengarah MUIP meningkatkan usaha dengan lebih gigih lagi dalam mengembangkan dakwah dan syiar Islam,bukannya meningkatkan usaha mengecilkan ruang dan peluang dakwah Islam.
        Firman Allah yang bermaksud:Pada hari orang yang zalim(menganiaya diri sendiri)menggigit tangannya seraya berkata:Aduhai kiranya aku ikut jalan Rasul!Hai kecelakaanku!Hai kalaulah tidak kuambil Si Polan menjadi teman!
        Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku peringatan(al-Quran)setelah sampai kepadaku.Adalah Syaitan itu amat khianat kepada manusia.(Surah Al-Furqan ayat 27,28,29)
        Pihak lajnah berbesar hati melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan dan arahan pengharaman Tazkirah kepada seluruh masjid dan surau di negeri Pahang.

Tuesday 23 August 2011

Konvensyen Negara Berkebajikan tangkis tohmahan Umno

Konvensyen Negara Berkebajikan tangkis tohmahan Umno

SMALL KINDNESS NISA' KUALA KRAU 2011



20,21 Ogos 2011:Nisa' Kawasan Kuala Krau telah menjayakan Program Small Kindness 2011.Program yang berlangsung selama 2 hari berturut-turut ini telah berjaya mendapat kerjasama dari pelbagai pihak yang menyumbang sumbangan seperti wang dan tenaga.Program ini dijalankan adalah untuk menyampaikan sumbangan keperluan Idulfitri untuk golongan yang kurang bernasib baik di akhir Ramadhan.

Wednesday 3 August 2011

Perutusan Ramadan 1432 oleh Presiden PAS

Perutusan Ramadan 1432 oleh Presiden PAS

SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DAN PENDOKONG PERJUANGAN KEBENARAN

ZIARAH IHYA' RAMADHAN HALWA KUALA KRAU



3Ogos 2011:Halwa Parlimen Kuala Krau telah turun padang  hari ini menyusuri cerita suka duka kehidupan insan yang kurang bernasib baik di bulan yang penuh barakah,ramadhan al-mubarak.Program tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Halwa Parlimen Puan Rohaya Razali serta ahlijawatankuasa Halwa Parlimen.Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi dan mendengar denyut nadi rakyat serta memberi semangat untuk lebih tabah menjalani kehidupan.Ziarah ini melibatkan masyarakat di sekitar Parlimen Kuala Krau.

Sunday 31 July 2011

SYARAT-SYARAT MEMPEROLEHI NIKMAT DUNIA


1)Tidak melampau hukum syara’ yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran,seperti haram,halal,wajib dan sunat.
2)Tidak menyakiti dan mengganggu jiran tetangga.Ajaran Islam menitikberatkan soal hak-hak dan adab kepada jiran.
3)Jangan bermewah-mewah dengan nikmat Allah yang sedang diperolehi.
Firman Allah yang bermaksud:Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan,berupa perempuan-perempuan,anak-anak,harta benda yang bertompok-tompok dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan,haiwan ternak dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah lah tempat kembali.
Lagi firman Allah:Katakanlah:Maukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?Bagi orang-orang yang bertaqwa(tersedia di sisi tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalamnya dan pasangan-pasangan yang suci serta redha Allah.Dan Allah Maha Melihat hamba-hambanya.(SURAH Annisa ayat 14-15)
4)Jangan menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
5)Tidak melalaikan untuk ibadah kepada Allah
Firman Allah yang bermaksud:Tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada Allah.
Firman Allah yang bermaksud:Tuntutlah kamu kepada perkara yang Allah bawa datang kepadamu akan negeri akhirat(perkara ukhrawi)dan jangan kamu lupakan bahagian kamu(urusan hidup)di dunia.
Sesungguhnya dunia hanya sebagai alat untuk umat manusia beribadah dan mencapai keredhaan Allah.Amat malang dan rugi bagi orang yang menjadikan dunia semata-mata sebagai matlamat dalam kehidupan mereka.

TANDA-TANDA ORANG YANG BERTUAH


 1)Orang yang zuhud pada dunia serta gemar hatinya pada akhirat
2)Orang yang mempunyai semangat yang tinggi dalam beribadah kepada Allah.
3)Sedikit bercakap pada barang yang tidak berhajat.
4)Memelihara solat lima waktu .
5)Memelihara diri daripada perkara yang haram dan syubhat.
6)Bersahabat dengan orang soleh.
7)Merendah diri serta tidak takabur.
8)Memberi manfaat kepada orang lain.
9)Mempunyai sifat yang pemurah.
10)Kasih sayang kepada makhluk Allah.
11)Sentiasa ingat mati sebanyak-banyaknya.
      (KATA-KATA ULAMA)

Wednesday 27 July 2011

UCAPTEMA KETUA MUSLIMAT PAS PUSAT

As Salamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Selamat sejahtera dan selamat pagi.
Yang dikasihi Puan Pengerusi Majlis,
YAB Mursyidul Am PAS, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato'
Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, merangkap Menteri
Besar Kelantan Darul Naim,
Yang Berbahagia pemerhati-pemerhati PAS Pusat bagi muktamar kali
ini,
Yang dikasihi YB Timbalan Ketua DMPP beserta saf kepimpinan
DMPP,
Yang dikasihi Ketua-Ketua DMP Negeri dan Ketua-Ketua DMP
Kawasan beserta para perwakilan,
Yang dihormati wakil-wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS dan
para pemerhati,
Yang diraikan seluruh para tetamu yang terdiri daripada mantanmantan
Ketua DMPP, pimpinan-pimpinan wanita PAKATAN RAKYAT,
YB-YB wanita PAKATAN RAKYAT, Isteri-isteri pimpinan AJK PAS Pusat
dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Negeri, suami-suami AJK DMPP,
veteran-veteran PAS, Wakil-wakil NGO, Wakil-wakil Media,
seterusnya para hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Para perwakilan, pemerhati dan tetamu yang dihormati sekalian;
MEMPERTEGAS PERANAN KITA
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 1 -
Firman Allah s.w.t di dalam surah an-Nisa’: ayat 1;
Yang bermaksud:
“ Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan yang telah
menjadikanmu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang telah
menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa) dan juga yang
membiakkan dari kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan
perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu
selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya serta peliharalah
hubungan (silatur-rahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah
sentiasa mengawasi kamu.”
Berdasarkan ayat ini, Allah s.w.t memerintahkan manusia agar
sentiasa bertaqwa kepadaNya kerana Allah s.w.t yang telah mencipta
manusia berkembang-biak lelaki dan perempuan. Sesungguhnya
Allah s.w.t Yang Maha Agong lagi Maha Bijaksana ini tidak
menciptakan manusia dengan sia-sia atau main-main sahaja, seperti
penegasan pada firmanNya lagi di dalam surah al-Mukminun : ayat
115;
Yang bermaksud:
“ Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu secara
main-main (sia-sia) sahaja dan bahawasanya kamu tidak
dikembalikan kepada kami? ”
Sesungguhnya kenyataan dan penjelasan pada ayat-ayat yang lain di
dalam al-Quran memberi keterangan bahawa tujuan Allah s.w.t
mencipta manusia tidak lain tidak bukan hanyalah untuk manusia
memakmurkan bumi dengan beribadat kepadaNya. Manusia perlu
mengurus, mentadbir dan memimpin diri, keluarga, masyarakat,
negara dan dunia amnya dengan menjadi khalifah Allah iaitu
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 2 -
melaksanakan segala amanah syariat yang terkandung di dalam al-
Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Tuan-Puan yang dihormati sekalian;
Inilah tugas dan tanggungjawab kita terutama ahli-ahli dan
pendokong-pendokong PAS. Amanah ini adalah jihad kita. Amanah
ini mesti difahami dan digalas dengan sebaik mungkin agar hidup
yang pendek di dunia ini tidak menjadi aset dukacita dan sengsara
kita bila bertemu dengan Allah Rabbul Jalil di hari akhirat kelak.
Oleh itu diharapkan muktamar kita ini dan muktamar PAS Pusat yang
akan berlangsung pada 3 hari berikutnya serta mesyuarat-mesyuarat
agong yang telah berjalan disemua peringkat menjadi medan terbaik
untuk kita bermuhasabah terhadap gerak kerja yang telah dilakukan
serta merancang dan memberi cadangan-cadangan untuk
mempertingkat mutu gerak kerja kita selanjutnya. Apatah lagi kita
akan berdepan dengan PRU ke13 tidak lama lagi.
Tuan-Puan yang dihormati sekalian;
FENOMENA MUTAKHIR
I. Kebangkitan Rakyat Timur Tengah.
Kebangkitan rakyat yang bertali arus di bumi umat Islam yang telah
diperintah oleh regim-regim zalim selama ini benar-benar
memberikan rangsangan dan harapan baru kepada pencintapencinta
kebenaran dan keadilan khususnya kepada kita para
pendokong Pakatan Rakyat.
Kejatuhan Zein el Abidin Ben Ali di Tunisia, Husni Mubarak di Mesir
dan bantahan serta penentangan rakyat yang berterusan terhadap
Ali Abdullah Salleh di Yaman dan Muammar Ghadafi di Libya
memberi petunjuk yang sangat jelas bahawa rakyat tidak dapat lagi
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 3 -
menerima kezaliman, ketidakadilan, penindasan dan kronisme
selama-lamanya atas nama apa sekalipun.
Saatnya telah tiba kepada pemimpin-pemimpin yang angkuh
mendabik dada, punyai kekuasaan, harta bertimbun-timbun,
dikelilingi kekuatan polis dan tentera, dengan monopoli media massa
negara, pakar-pakar risikan dan sokongan kuasa-kuasa besar dunia,
mulai merasa bimbang dan curiga bahawa kedudukan mereka tidak
selamat lagi.
Mereka juga menyedari bahawa mereka tidak dapat lagi membeli
rakyat dengan rasuah wang ringgit dan janji-janji manis. Semua
bentuk kepura-puraan dan kebatilan telah runtuh dengan
kebangkitan rakyat yang tidak dapat dibendung lagi.
Kekuasaan ekonomi dan ketenteraan sudah tidak bermakna lagi
apabila segenap kelompok rakyat bangkit keluar ke jalan raya dengan
penuh semangat melahirkan penentangan yang benar-benar
komited dan berani.
Kekuatan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada rakyat jelas
menampakkan suatu kekuatan yang luar biasa. Suatu kekuatan yang
mewujudkan gelombang kebangkitan dan arus yang amat deras yang
tidak dapat dihalang dan dihentikan dengan semburan air asid dan
pemedih mata malah ledakan peluru-peluru dan bom pemusnah.
Apatah lagi dengan rasuah wang ringgit dan janji-janji manis.
Dalam konteks Malaysia, kesedaran rakyat dan arus gelombang ini
kita lihat sudah mulai menerjah ke pantai. Kita semua sebagai
pendokong Pakatan Rakyat hendaklah bersedia menyambut isyaratisyarat
jelas yang telah diberikan oleh rakyat sejak tercetusnya
tsunami politik Mac 2008 di ikuti dengan 16 PRK yang telah berlaku
termasuk PRUN Sarawak yang telah berlangsung baru-baru ini.
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 4 -
Penolakan rakyat terhadap UMNO/BN terutamanya daripada mereka
yang berada di bandar-bandar serta pinggir-pinggir bandar telah jelas
kelihatan. Mereka telah muak dengan kejelekan yang dipamerkan
oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang rakus dan penuh dengan
agenda-agenda kepura-puraan, penipuan dan kepentingan peribadi
serta kroni-kroni.
Yakinlah wahai para muslimat sekalian bahawa UMNO/BN pasti akan
tumbang, jatuh tersungkur menyembah bumi. Segala bentuk
perancangan, penyelewangan, ketidakadilan dan kezaliman
UMNO/BN sedang memuncak, seolah-olah sudah sempurna menjadi
satu sistem yang akan menjerat mereka sendiri tanpa ada jalan
keluar.
Mereka telah lupa dengan firman Allah s.w.t di dalam al-Quran pada
surah Ali Imran : ayat 54 ;
Yang bermaksud:
“ Mereka merancang dan Allah juga merancang. Ingatlah, Allahlah
sebaik-baik perancang (tanpa mereka ketahui). ”
II. Bencana Alam dan Tsunami di Jepun.
Merenung dan menginsafi terhadap kedahsyatan tsunami yang
berlaku di Jepun baru-baru ini, serta beberapa bencana alam seperti
gempa bumi, banjir besar dan ribut taufan yang melanda satu demi
satu ke atas kehidupan duniawi kini, amat nyata terserlah
keperkasaan Allah Ya Aziz.
Kemahuan Allah Ya Muqtadir, Yang Maha Menentukan segala
takdirnya, telah mengalahkan segala kehebatan teknologi dan
komunikasi canggih manusia. Sesungguhnya manusia benar-benar
tidak mampu menghalang segala kehebatan dan kemahuan Allah.
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 5 -
Walaupun kebanyakan manusia mengkagumi kehebatan manusia
dan menyangka dapat menyaingi kehebatan Allah. Namun sangkaan
tersebut ternyata meleset sama sekali. Sesungguhnya benarlah
firman Allah s.w.t pada surah Ali Imran ayat : 54 tersebut.
III. Lebih 5 dekad didominasi oleh UMNO/BN.
Sudah lebih 50 tahun rakyat disogok dan diajar mengkagumi
UMNO/BN. Sehingga ada sebahagian rakyat yang meyakini bahawa
tanpa UMNO/BN mereka tidak akan dapat hidup. Mereka
terperangkap dengan “khurafat” bahawa mereka tidak akan dapat
menikmati keamanan dan pembangunan tanpa kerajaan UMNO/BN.
Mereka menyokong UMNO/BN tanpa berbelah bagi dan membisu,
menutup mata serta memekakkan telinga terhadap sebarang
pengelewangan UMNO/BN.
Media massa yang dikongkong sepenuhnya oleh UMNO/BN berjaya
menjadi seolah-olah alat “ajaran sesat” kepada rakyat. Akibatnya
UMNO/BN menguasai pemikiran rakyat terutamanya di kampungkampung
dimana mereka tidak dapat akses kepada sebarang
maklumat dari media alternatif.
Maka berjayalah UMNO/BN meleyapkan kebergantungan kepada
Allah semata-mata di hati-hati mereka. Sehingga Allah itu hanya
jelas diingat ketika berada di masjid-masjid sahaja. Tetapi pada
kehidupan seharian seumpama tidak ada peranan Allah dalam
membantu dan menguruskan makhlukNya.
Semua tindak-tanduk kerajaan UMNO/BN digembar-gemburkan,
diperbesar dan diagungkan. Walaupun lidah mereka menyebutnyebut
Allah, tetapi hati-hati mereka gersang daripada
mengagungkan Allah dalam setiap kegiatan hidup seharian mereka.
Mereka juga dilalaikan dengan agenda-agenda hiburan yang
melampaui batas-batas ketentuan Islam.
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 6 -
Menginsafi hakikat ini, bagaimana mungkin hati-hati para pengundi
dan rakyat yang terhijab dari Allah ini dapat menerima Islam sebagai
satu cara hidup yang bersungguh-sungguh di bawa oleh PAS?
Apatah lagi dengan PAS yang sering dilabel sebagai sebuah parti
pemecah-belah masyarakat dan parti yang ketinggalan zaman tidak
up to date
dirumitkan lagi dengan telatah ahli-ahli dan penyokong-penyokong
PAS sendiri yang kadang-kadang tidak mencerminkan keluhuran
akhlak-akhlak Islamiyah yang terpuji.
Oleh itu tiada cara yang lebih mudah bagi memenangi hati-hati
pengundi-pengundi Islam terutamanya, adalah dengan mereka mesti
dilepaskan dari ikatan dan belenggu UMNO/BN. Hanya dengan
kesedaran mereka terhadap Allah dan mengenali diri mereka sebagai
hamba Allah serta mematuhi perintahNya juga menjauhi
laranganNya sahaja dapat melepaskan mereka dari belenggu yang
kejam itu.
Tuan-Puan yang dihormati sekalian;
atau menolak pembangunan? Tambahan pula ia
IV. Kehancuran jiwa umat.
Marilah kita insafi bahawa negara kita sekarang telah parah diserang
oleh musuh-musuh dari kalangan bangsa kita sendiri yang
mengabaikan kebenaran, keadilan dan kesejahteraan umat sejagat.
Serangannya bukan dalam bentuk peluru dan bom pemusnah, tetapi
senjatanya adalah rasuah, gam dan dadah, budaya kuning, hiburan
yang melampau, gaya hidup mewah dan bebas tanpa mengira halal
dan haram, fitnah adu domba, gambar-gambar dan video-video
lucah yang dapat menyelinap masuk sehingga ke dalam bilik tidur
kita.
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 7 -
Sungguh amat malang sekali bahawa kebanyakan rakyat
terutamanya dari kalangan generasi muda Islam baik dari kalangan
lelaki ataupun perempuan telah ramai yang terpesong dan mereka
seolah-olah bangkai bernyawa. Jiwa-jiwa mereka kosong dengan
agama.
Tata susila, keluhuran akhlak dan semangat jihad mereka telah
terkubur. Mereka tidak mampu lagi membela diri mereka sendiri,
apatah lagi mahu menjadi pembela agama, masyarakat dan negara.
Jika dibiarkan berleluasa mereka adalah pengancam kesejahteraan
masyarakat dan keselamatan negara.
Tetapi apakah yang telah dilakukan oleh UMNO/BN untuk
menghadapi ancaman ini? Segala usaha-usaha mereka tidak
mencapai matlamatnya selagi tidak mengikut panduan Ilahi. Kita
yakin semua rancangan dan agenda UMNO/BN tidak akan berjaya
selagi mereka berusaha menghalang PAS membawa umat kepada
kebenaran, keadilan sejagat dan jalan mencapai keredaan Ilahi.
Tuan-Puan yang dihormati sekalian,
MASA UNTUK BEKERJA TANPA HENTI
Masihkah kita berpeluk tubuh menonton dengan sambil lewa
terhadap semua gejala ini? Masihkah kita sibuk dengan hal-hal titik
bengik serta kepentingan kita sahaja?
Marilah kita semua berusaha bersungguh-sungguh merancang dan
mencari jalan penyelesaian. Marilah semua terutama para Muslimat
PAS berganding bahu dalam gabungan besar Pakatan Rakyat berjihad
membimbing, memulihkan dan menghidupkan kembali jiwa-jiwa
mereka.
Kembalikan hidup beragama dan semangat jihad mereka, agar
mereka mampu menjadi pembela agama, umat dan negara. Ingatlah
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 8 -
kedudukan istimewa kita para Muslimat yang telah dianugerahkan
oleh Allah sw.t. Bukankah pepatah telah mengatakan “ tangan yang
menghayun buaian itu dapat menggoncang dunia?.”
Muslimat PAS perlu lebih cergas dan bijak mencari dan
menyelesaikan permasalahan kronik ini. Jangan biarkan generasi
muda kita dirasuk oleh UMNO/BN. Sanggupkah kita melihat anakanak
kaum kerabat dan sahabat karib serta jiran tetangga kita
menjadi mangsa kebejatan kehidupan sekular ini.
Ingatlah sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan sesuatu umat
itu banyak bergantung kepada sumbangan generasi muda lelaki dan
wanita yang cergas bertenaga dan bijak membawa perubahan.
Muslimat PAS perlu membawa mereka menyedari akan potensi
mereka agar mereka memperolehi kekuatan intelek, emosi, fizikal
dan spiritual yang dapat menjayakan perubahan serta kemajuan.
MARA BERSAMA KE MEDAN JIHAD
Bangkitlah wahai Muslimat terutama Muslimat Muda PAS bersamasama
berjuang di dalam gerakan kebenaran dan misi kesedaran ini
tanpa lengah dan bertangguh-tangguh. Mari kita bergerak di dalam
satu saf jamaah bersepadu secara terancang dan tersusun mengikut
kemampuan kita dan terus mara ke medan jihad. Selagi kita tidak
bermula dengan mengharapkan orang lain, selagi itu kita tidak akan
mampu menahan gelombang dakyah kehidupan sekular yang
membawa dosa dan kemaksiatan secara bersaorangan.
Masa untuk bersenang-senang, sembang-sembang di atas tangga,
membeli-belah tanpa menghirau masa di pasaraya, bersantai-santai
dengan teman membiar masa berlalu begitu saja, duduk berjam-jam
di depan tv, melayari internet tanpa tujuan perlulah dihentikan
segera.
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 9 -
Masa untuk sibuk dengan agenda peribadi sahaja telah berakhir!
Marilah kita bersama-sama turun padang mengharungi segala onak
dan duri. Masa untuk kita terlalu singkat sedangkan terlalu banyak
perubahan dan pembaikan yang perlu dilakukan. Kerana kematian
dan pertemuan dengan Allah sangat hampir. Kita amat bimbang
amanah yang dipikul ini tidak sempat ditunaikan dengan baik.
Firman Allah s.w.t pada surah Ali Imraan : ayat 142;
Yang bermaksud:
“ Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada
hal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang
berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara
kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar
(tabah dan cekal hati dalam perjuangan) ? “
Tuan-Puan yang dihormati sekalian;
TARBIYAH DARI ALLAH S.W.T
Allah Rabbul Alamin, Yang Maha Mendidik Alam sentiasa menjadikan
segala sesuatu kejadian sebagai iktibar serta pengajaran bagi mereka
yang mahu berfikir.
FirmanNya pada surah Ali Imraan : ayat 190 dan 191;
Yang bermaksud:
“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran
malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan
keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orangorang
yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri
dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka
pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata)
wahai tuhan kami tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 10 -
dengan isia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab
neraka.”
Oleh itu marilah kita merenung kembali beberapa peristiwa yang
telah berlaku pada masa dulu dan sekarang bagi mengambil mutiaramutiara
perjuangan untuk menyemarakkan daya juang serta
kejayaan jihad kita.
I. Enam Belas Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Umum Negeri
Sarawak sebagai tarbiyah siyasi dari Allah.
Bermula dengan kemenangan kemudian bersilih ganti dengan
kekalahan demi kekalahan yang kita hadapi pada semua PRK
kebelakangan ini, malah terakhir dengan kita tidak dapat satupun
kerusi pada PRUN Sarawak baru-baru ini, perlu disedari ianya adalah
iktibar dari Allah s.w.t.
Ia menunjukkan mesej yang amat jelas daripada Allah s.w.t bahawa
tiada “
Kejayaan sesuatu perjuangan itu memerlukan usaha-usaha yang
murni, gigih dan bersungguh-sungguh serta berterusan.
Mana mungkin pengundi-pengundi yang tidak langsung mengenali
dan memahami perjuangan PAS dapat semua dirayu dan diyakinkan
dalam hanya 8 ke 10 hari berkempen? Disamping itu dengan penuh
cabaran fitnah dan tohmahan dari UMNO/BN yang tidak segan silu
menggunakan seluruh kekuatan jentera kerajaan pusat dan negeri.
Rasulullah s.a.w telah menunjukkan dengan jelas betapa sesuatu
perjuangan itu mestilah diiringi dengan pengorbanan, komitmen
yang tinggi dan keberanian. Kalaulah setakat beramai-ramai
memenuhi markas-markas dan bilik-bilik gerakan PAS, tetapi tidak
pergi menemui para pengundi, hanya berbekalkan poster dan
kibaran bendera, janganlah diimpikan kemenangan akan datang
bergolek.
magic” dan jalan pintas bagi memenangi sesuatu perjuangan.
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 11 -
Kita mesti semua turun bertemu para pengundi, baik petugas
muslimat mahupun muslimin, bagi menerangkan dan menjelaskan
hasrat PAS bersama-sama agenda Pakatan Rakyat kepada mereka
dengan penuh bijaksana.
Percayalah bayangannya kelihatan sudah hampir akan tiba masa dan
saatnya pengundi-pengundi yang memangkah UMNO/BN hari ini,
mereka itulah juga yang akan menjatuhkan UMNO/BN bila tiba saat
dan ketentuan dari Allah s.w.t.
II. Kejayaan Rasulullah dan para pejuang Islam terdahulu.
Kejayaan Rasulullah membina daulah Islam pertama di Madinah
dimana orang-orang Islam adalah golongan minoriti adalah contoh
teladan unggul perlu diikuti. Setelah hanya 13 tahun baginda
berdakwah di bumi Mekah, dengan diiringi oleh para sahabat dan
pendokong-pendokong setia, baginda berhijrah dan menegakkan
kerajaan di bumi Madinah dengan sokongan penuh penduduk
tempatan.
Apakah resepi kejayaan baginda ini? Resepi utama kejayaan baginda
adalah; pertama keimanan serta keyakinan yang teguh, kedua
ketaqwaan serta ta’abbudi yang mutlak terhadap Allah.
Di atas kedua-dua dasar utama inilah lahir kepimpinan Rasulullah
berjaya merubah keadaan kejanggalan serta kecurangan masyarakat
sekitar. Baginda berjaya merubah kejelekan cara hidup umat serta
kerosakan akhlak dan budi mereka kepada satu sistem hidup yang
bertamaddun, berdisiplin dan harmoni. Maka terciptalah satu
tamadun gemilang yang memberi cahaya kebahagian kepada umat
dan dunia seluruhnya.
Keimanan serta keyakinan yang menjiwai dan membajai kepimpinan
Rasulullah s.a.w melahirkan ciri-ciri unggul dan unik, iaitu;
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 12 -
- Tauhidillah iaitu kepimpinan dan perjuangan yang
mengembalikan umat ke jalan Allah;
- Ta’abbud iaitu mengabdi dan memperhambakan diri hanya
kerana Allah dalam semua urusan hidup;
- Amanah iaitu bertanggungjawab di atas segala urusan yang
dipikul;
- Taslim dan tawakkal iaitu menyerah diri kepada Allah dalam
semua ketatapan tanpa terselit faedah peribadi atau faedah
maddi (kebendaan).
Taqwa serta ta’abbudi pula menjadi intipati kepada kepimpinan yang
bermagnet iaitu yang berkesan lagi berpengaruh. Ianya melahirkan
dua ciri utama iaitu; pertama - jihad lillah (perjuangan kerana Allah)
dan kedua – akhlaqul karimah (akhlak yang mulia).
Dengan kekuatan iman dan yakin serta taqwa dan ta’abbudi inilah
yang menjadi resepi kejayaan gerak kerja baginda di dunia dan
akhirat. Ia kemudiannya meresapi pada perjuangan para sahabat
baginda serta pada para pejuang Islam seterusnya.
Justeru itu dengan izin Allah Islam dapat didaulatkan menerusi
tangan-tangan mereka. Lantas terang dan sejahteralah kehidupan
alam dengan nikmat Islam. Maka benarlah firman Allah dalam surah
al-Anbiya : ayat 107;
Yang bermaksud;
“ Dan tidaklah Kami (Allah) mengutuskan kamu (wahai Muhammad)
melainkan menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
Tuan-Puan yang dihormati sekalian;
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 13 -
SYARAT-SYARAT KEJAYAAN
Setelah kita hayati sedikit paparan resepi kejayaan perjuangan
baginda Rasulullah s.a.w itu, maka untuk kita ulangi kejayaan
tersebut, syarat-syarat berikut perlulah kita patuhi;
I. Keintiman dengan Allah s.w.t
Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Fatihah : ayat 5;
Yang bermaksud:
“ Hanya kepadaMu kami mengabdikan diri dan kepadaMu kami
mohon pertolongan.”
Ikrar dan penegasan kita dalam ayat ini antaranya menunjukkan
bahawa untuk kita layak mendapat pertolongan Allah, hendaklah kita
memberikan kepatuhan dan pengabdian yang mutlak terlebih dahulu
kepadaNya. Hakikatnya kemenangan ataupun kejayaan dalam apa
jua yang kita mahu, adalah dengan izin Allah jua.
Sesungguhnya inilah teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah
dan para sahabat serta para pejuang terdahulu. Samada
kegemilangan Panglima Sallahuddin al-Ayubi yang telah berjaya
membebaskan bumi Palestin dan kota Baitul Muqaddis, mahupun
Sultan Muhammad al-Fateh yang telah menawan kota
Konstantinopel. Para solihin ini beserta pejuang-pejuang mereka
diibaratkan oleh kawan dan lawan dengan ungkapan -
“ abid di waktu malam dan pejuang di waktu siang. “
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 14 -
Kehebatan manusia teladan dan cemerlang ini, mereka berjuang
siang dan malam. Di waktu siang melaksanakan amanah Allah
kepada manusia, pada malamnya mereka merintih dan merayu
kepada Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Memiliki. Jika teladan
inilah dapat kita hayati, semestinyalah kita juga layak menerima
kemenangan dan kecemerlangan seperti mereka juga.
Justeru itu kesibukan kita mendekati Allah akan melahirkan agendaagenda
perjuangan di dalam jamaah seperti mesyuarat-mesyuarat
mengatur strategi tindakan, kempen-kempen penerangan dan
dakwah serta gerak kerja kebajikan masyarakat. Kesibukan kerana
Allah dalam mencari persefahaman dan kata muafakat ini juga akan
melahirkan ikatan ukhuwah fillah yang mensucikan jiwa-jiwa dari
segala kebencian dan buruk sangka, perselisihan berpanjangan dan
penghinaan, cemburu dan hasad dengki serta dendam kesumat yang
memakan diri.
Seterusnya penghayatan kerana Allah ini dapat mengalirkan rasa
kasih sayang ke dalam jiwa-jiwa kita. Bahkan kekuatan kasih sayang
itulah yang memungkinkan kita dengan izin Allah melangkah dengan
langkah yang padu dan mantap menempuh segela rintangan dan
benteng-benteng musuh bagi mencapai kemenangan perjuangan.
II. Jentera yang tersusun rapi.
Firman Allah dalam surah as-Sof : ayat 4 ;
Yang bermaksud:
“ Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk
membela agama Nya dalam barisan yang tersusun rapi, seolah-olah
mereka sebuah bangunan yang kukuh.”
Setiap kita mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Oleh itu
hendaklah kita mencari potensi diri dan meletakkan diri masing
MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 15 -
masing di posisi yang selayaknya. Jangan sesekali memandang
rendah kepada sahabat-sahabat seperjuangan. Hargai setiap
sumbangan walaupun sekecil manapun.
Masukkanlah diri ke dalam ruang-ruang kosong sebagaimana batu
bata disusun menjadi sebuah bangunan yang kukuh. Segala
kekurangan dan kelemahan diri adalah ruang-ruang kita bergantung
antara satu dengan lain. Tiada sesiapa yang sempurna melainkan
Allah s.w.t.
Ketua-ketua diseluruh peringkat seharusnya menyusun ahli-ahli
mengikut keupayaan dan kekurangan masing-masing. Tiada
pekerjaan yang lebih mulia daripada sesuatu pekerjaan yang
dilakukan kerana Allah jua.
Muslimat yang dikasihi sekalian;
III. Bergerak mengikut peraturan dan sikap realisitik.
Saya memohon ketika kita berusaha mengatur gerak langkah kita
dalam segenap urusan jamaah, kita perlu menyesuaikannya
mengikut Perlembagaan PAS. Perlembagaan parti kita digubal
semata-mata untuk melancarkan lagi gerak kerja jamaah secara
tertib dan teratur di semua peringkat.
Jika kita para pemimpin sendiri yang diharap-harapkan memandu
perjalanan parti dan ahli-ahli parti tidak patuh dengan perlembagaan
tersebut, siapakah lagi yang dapat diharapkan untuk mengikutnya?
Perlembagaan parti kita telah melalui proses syura di peringkat
tertinggi dan telah diluluskan oleh Muktamar Tahunan dalam
semangat permuafakatan. Patutkah kita pula kemudian
mengkhianatinya?
Firman Allah dalan surah as-Syura : ayat 38 ;
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 16 -
Yang bermaksud:
“ Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang
menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan
solat dengan sempurna, dan urusan mereka dijalankan secara
bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami berikan padanya.”
IV. Strategi yang berkesan.
Rasulullah s.a.w mengajar pelbagai strategi perjuangan dalam
menghadapi kawan dan lawan. Antara strategi yang dilaksanakan
baginda ialah memastikan setiap perancangan tidak sampai ke
tangan musuh dengan ditanam kerahsian dan sikap hazar di kalangan
setiap jentera.
Bermesyuarat dan berbincanglah bersama-sama kita mengatur
sebaik-baik strategi dalam setiap perancangan yang telah
dipersetujui. Ingatlah kata-kata Saidina Ali k.w :
Yang bermaksud:
“ Kebenaran tanpa peraturan ataupun perancangan dapat
dikalahkan oleh kebatilan yang punya peraturan dan perancangan
rapi.”
Muslimat yang dikasihi sekalian;
PERSEDIAAN PRU KE 13.
Gendang PRU ke 13 sudah dipalu dan mulai hangat kedengaran ke
seluruh pelusuk negara. UMNO/BN telah mula mengembar
MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 17 -
gemburkan slogan-slogan “Satu Malaysia”, transformasi ekonomi
dan sebagainya serta telah menabur janji-janji manis.
Marilah kita tekadkan azam, kuatkan semangat, merancang dan
melaksanakan gerak kerja PRU dengan penuh komitmen. Tiada
alasan menasabah untuk kita masih bertangguh-tangguh. Kita
memerlukan komitmen semua ahli-ahli PAS seluruhnya dan para
muslimat adalah satu komponen penting jamaah kita dalam
menguruskan gerak kerja bagi mencapai kejayaan.
Marilah kita praktikkan segala ilmu dan kepakaran pengurusan dan
perjalanan pilihan raya yang telah kita jalani melalui kursus-kursus,
bengkel-bengkel serta segala pengalaman yang telah kita hadapi
daripada semua 16 PRK dan PRUN Sarawak yang telah berlalu.
I. Menawan hati pengundi-pengundi melalui penerangan dan
dakwah berhikmah.
Mulai sekarang kita sepatutnya telah turun padang mengenal pasti
pengundi-pengundi, mendaftarkan pengundi-pengundi muda dari
kalangan kita dulu, jiran tetangga dan rakan taulan. Kita ziarahi
setiap rumah di bandar-bandar, pinggir-pinggir bandar, di setiap
kampung dan desa menyeru dan meraih mereka agar memilih Islam
yang syumul.
Kita ketuk pintu-pintu hati mereka dengan penuh keinsafan dan
kesedaran beragama serta keharmonian bermasyarakat. Kita
jelaskan juga cita-cita perjuangan PAS –
semua dan terangkan kepada mereka segala tawaran Pakatan Rakyat
seperti yang tertera pada Buku Jingga.
Kita jelaskan perubahan dan pembaikan yang telah dilakukan
terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
Terutamanya peranan muslimat PAS khususnya dan wanita Pakatan
Rakyat amnya dalam urusan pentabdiran kerajaan dengan menerajui
PAS For All – PAS untuk
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 18 -
portfolio yang mencabar seperti pelaburan dan perindustrian,
pendidikan tinggi dan pembangunan insan di Selangor. Juga
menerajui portfolio kesihatan, kebajikan masyarakat dan
pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di Kelantan, Kedah,
Pulau Pinang dan Selangor.
II. Menawan hati rakan melalui ketulusan hati.
Perkukuhkan semangat setiakawan bersama-sama rakan-rakan
seperjuangan kita dalam Pakatan Rakyat, semua wanita ahli-ahli dan
penyokong DHPP, PKR, PSM dan DAP berganding bahu melaksanakan
strategi serta muafakat setempat.
Fokuskan kepada kepentingan dan matlamat bersama dan kecilkan
segala salah faham dan pekara titik-bengik yang menghalang kita
dapat bergerak maju dengan penuh kesepaduan. Kejayaan Pakatan
Rakyat adalah kejayaan kita bersama.
III. Menawan hati lawan melalui strategi bijaksana.
Patuhilah segala arahan pimpinan dalam melaksanakan strategi
menghadapi pihak lawan. Janganlah kita terburu-buru mengambil
keputusan sendiri serta jangan pula bertangguh-tangguh. Ingatlah
contoh teladan para sahabat Rasulullah yang setia mematuhi segala
arahannya. Ambillah tugasan yang kita ukur dengan kemampuan kita
janganlah cemburu dengan kemampuan sahabat dan rakan
seperjuangan. Juga kita perlu berani mencuba dan jangan ragu-ragu
dengan segala keputusan yang telah dimuafakatkan.
PENUTUP
Muslimat yang dikasihi sekalian, sedarilah bahawa apapun jawatan di
peringkat manapun yang diamanahkan kepada kita, jika kita jalankan
dengan penuh komitmen dan keikhlasan pastinya insya-Allah
kejayaan dapat digarap. Jangan lupa bahawa ianya juga merupakan
“MUSLIMAT : MEMIMPIN PERUBAHAN, MENERAJU KEBANGKITAN”
Muktamar DMPP Kali Ke-51 - 19 -
satu pelaksanaan ibadah yang mendapat ganjaran seperti yang
dijanjikan oleh Allah s.w.t
Sesungguhnya jika kita bersungguh-sungguh penuh komited
melaksanakan segala yang telah diamanahkan kepada kita, ganjaran
pahalanya dapat kepada kita juga bukan orang lain. Firman Allah
dalam surah al-Israa’ : ayat 7;
Yang bermaksud;
“ Jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu
lakukan adalah untuk diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan,
maka (kesan buruknya) berbalik kepada diri kamu juga.”
Akhir sekali marilah kita dengan segala rendah hati memohon agar
Allah memenangkan umat Islam di Timur Tengah dan di mana saja
mereka berada serta memberikan kesejahteraan untuk semua.
Tidak lupa juga kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Jawatankuasa Panatia Muktamar kali ini yang telah bertungkus
lumus menjayakan muktamar ini. Juga kepada Jawatankuasa
Pemilihan PAS Pusat serta semua yang terlibat kita ucapkan dengan
berbanyak terima kasih, semoga ianya akan dikira sebagai amal
jariah yang akan diberikan ganjaran sewajarnya oleh Allah s.w.t.
Mudah-mudahan Allah memberkati Muktamar Dewan Muslimat PAS
Pusat kali ke 51 agar berjaya menjana rumusan dan tindakan susulan
yang matang.
Sekian.
Wa Billahi Taufik Wal hidayah. Wa Salaamu’alaykum Wa
Rahmatullahi Wa barakatuh.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.