Friday 9 September 2011

GEJALA MURTAD BERLELUASA?APAKAH PENAWARNYA?
SISTEM PERUNDANGAN ISLAM
Penggubalan dan perlaksanaan sebuah undang-undang yang boleh menghalang dan mencegah umat Islam dari terjebak kepada gejala murtad(keluar agama).Kerajaan dan rakyat di semua peringkat hendaklah bersatu untuk bersama-sama mencapai dan melaksanakan undang-undang ini.
SISTEM PENDIDIKAN ISLAM
Pemantapan pendidikan ilmu agama yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah dan berasaskan mentauhidkan Allah.Bukan sekadar belajar ilmu untuk berjaya dan lulus di dalam peperiksaan sahaja.Bahkan ilmu yang tahqiq dan menjadi pegangan untuk diri setiap umat Islam dalam menjalani kehidupan.Ilmu yang mesti dipelajari seperti  Ilmu Usuluddin  yang mengesahkan pegangan hati dan aqidah setiap umat Islam.Pendidikan dalam Islam termasuklah Sains,Perubatan dan sebagainya.Islam tidak melarang umatnya mempelajari ilmu sains dan lain-lain.Tetapi pemantapan Ilmu Usuluddin adalah sebagai dasar dan asas kepada ilmu-ilmu yang lain.
SISTEM SOSIAL ISLAM
Kebajikan kepada setiap umat Islam mestilah ditunaikan.Islam mengajar kita bertolong-tolong di antara satu sama lain.Islam melarang kita untuk bersifat individualistik.Islam juga menyarankan supaya umat Islam mengambil berat kebajikan golongan mualaf,miskin,orang kurang upaya,anak yatim.Mewujudkan suasana dan persekitaran yang selamat(Bia’h Solehah) untuk Iman umat Islam adalah sangat penting.Tanggungjawab ini mestilah dipikul oleh setiap orang yang mengaku beragama Islam.
SISTEM EKONOMI ISLAM
Pembahagian harta dan khazanah negara yang adil kepada rakyat.Pemantapan sistem pembahagian zakat kepada golongan yang memerlukan.Kekayaan hasil bumi tidak hanya dikaut oleh segelintir golongan sahaja.Bukan hanya zakat sahaja,bahkan fidyah,infaq dan sedeqah juga berperanan membantu memajukan ekonomi umat Islam,disamping cara bermuamalah yang bebas dari sistem riba’ dan kapitalisme.
SISTEM KELUARGA ISLAM
Pemantapan keluarga Muslim dari semasa ke semasa.Keluarga yang diasaskan dengan pegangan agama Islam yang kukuh.Ibubapa sebagai contoh tauladan yang baik kepada anak-anak dalam setiap amalan kehidupan.

No comments:

Post a Comment