Monday 28 May 2012

HIJRAH ARTIS PETANDA KEMENANGAN ISLAM


Assalammualaikum buat pembaca blog..
Kita bertemu kembali di lapangan alam maya..

  Umat Islam hari ini dikejutkan dengan berita hijrah dan berubahnya para-para artis dalam negara kita..
Apabila kita menyebut tentang pengertian Hijrah itu sendiri maka Hijrah membawa erti berubah ke arah yang lebih baik dan juga kembalinya seorang Hamba kepada Penciptanya iaitu Allah swt..juga kembalinya seorang insan kepada sebuah fitrah.
  Jika sebelum ini anak muda dan remaja sering dihidangkan dengan segala isu dan gosip-gosip yang berlaku di dalam lingkungan kehidupan artis,tetapi kita melihat bahawa kebangkitan anak muda dan remaja yang sudah boleh menilai di mana kebenaran dan kelompangan dalam budaya dan sosial dan pergaulan di kalangan artis dan kehidupan remaja..Sebagai contoh sudah ramai remaja yang berani mempertikaikan serta menegur jika berlaku pendedahan aurat dan sebagainya.
  Maka penghijrahan semakin ramai para artis telah menjadi petanda kepada Kemenangan Islam dan Kebangkitan Remaja dan Muda mudi.Selari dengan firman Allah yang bermaksud:"Dan katakanlah ya Muhammad telah datang oleh kebenaran dan lenyaplah kebatilan."
Di mana sebelum ini para artis dijadikan sebagai icon,contoh teladan bagi remaja dan anak muda,maka fenomena penghijrahan artis ini ke arah penghayatan Islam yang syumul adalah sangat positif kepada persekitaran ,sosial dan budaya hidup di Malaysia..yang paling menyeronokkan adalah selepas berlaku hijrah maka para artis ini terus mencari-cari sebuah wadah dan platform yang sesuai untuk menghayati amalan Islam yang syumul,bukannya platform yang mengambil sebahagian ajaran Islam dan meninggal sebahagian ajaran Islam.
  Di mana ada Hijrah di situ ada Hidayah,
Hidayah dan petunjuk adalah sebuah anugerah yang paling mahal daripada Allah swt.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:"Tetapi Allah lah yang memberi Hidayah kepada mereka yang Allah kehendaki.
Seorang Ulama' Sufi berkata,"Setiap hari hati manusia akan berbolak balik sebanyak 1000 kali,
 Sebagai Umat Islam dan peminat kita hendaklah sentiasa mendoakan agar mereka dapat istiqamah dan konsisten di dalam Hidayah ini.Ya Allah Ya Tuhan Kami,jangan engkau palingkan hati kami setelah engkau memberi hidayah kepada kami".
  Semoga kita termasuk dikalangan orang-orang yang sentiasa menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.