Monday 28 May 2012

HIJRAH ARTIS PETANDA KEMENANGAN ISLAM


Assalammualaikum buat pembaca blog..
Kita bertemu kembali di lapangan alam maya..

  Umat Islam hari ini dikejutkan dengan berita hijrah dan berubahnya para-para artis dalam negara kita..
Apabila kita menyebut tentang pengertian Hijrah itu sendiri maka Hijrah membawa erti berubah ke arah yang lebih baik dan juga kembalinya seorang Hamba kepada Penciptanya iaitu Allah swt..juga kembalinya seorang insan kepada sebuah fitrah.
  Jika sebelum ini anak muda dan remaja sering dihidangkan dengan segala isu dan gosip-gosip yang berlaku di dalam lingkungan kehidupan artis,tetapi kita melihat bahawa kebangkitan anak muda dan remaja yang sudah boleh menilai di mana kebenaran dan kelompangan dalam budaya dan sosial dan pergaulan di kalangan artis dan kehidupan remaja..Sebagai contoh sudah ramai remaja yang berani mempertikaikan serta menegur jika berlaku pendedahan aurat dan sebagainya.
  Maka penghijrahan semakin ramai para artis telah menjadi petanda kepada Kemenangan Islam dan Kebangkitan Remaja dan Muda mudi.Selari dengan firman Allah yang bermaksud:"Dan katakanlah ya Muhammad telah datang oleh kebenaran dan lenyaplah kebatilan."
Di mana sebelum ini para artis dijadikan sebagai icon,contoh teladan bagi remaja dan anak muda,maka fenomena penghijrahan artis ini ke arah penghayatan Islam yang syumul adalah sangat positif kepada persekitaran ,sosial dan budaya hidup di Malaysia..yang paling menyeronokkan adalah selepas berlaku hijrah maka para artis ini terus mencari-cari sebuah wadah dan platform yang sesuai untuk menghayati amalan Islam yang syumul,bukannya platform yang mengambil sebahagian ajaran Islam dan meninggal sebahagian ajaran Islam.
  Di mana ada Hijrah di situ ada Hidayah,
Hidayah dan petunjuk adalah sebuah anugerah yang paling mahal daripada Allah swt.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:"Tetapi Allah lah yang memberi Hidayah kepada mereka yang Allah kehendaki.
Seorang Ulama' Sufi berkata,"Setiap hari hati manusia akan berbolak balik sebanyak 1000 kali,
 Sebagai Umat Islam dan peminat kita hendaklah sentiasa mendoakan agar mereka dapat istiqamah dan konsisten di dalam Hidayah ini.Ya Allah Ya Tuhan Kami,jangan engkau palingkan hati kami setelah engkau memberi hidayah kepada kami".
  Semoga kita termasuk dikalangan orang-orang yang sentiasa menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
 

Tuesday 13 March 2012

OH WANITA!!! AQIDAH MELAHIRKAN SIFAT BERANI MEMPERTAHANKAN KEBENARAN

Sejarah telah membuktikan bagaimana kejayaan Bilal bin Rabah,Ammar bin Yasir dan seorang wanita Sumaiyah yang berani mempertahankan iman mereka di hadapan pembesar Quraisy yang bermaharajalela pada waktu itu.Namun untuk mengucap ucapan yang boleh membawa kepada kekufuran adalah jauh sama sekali kerana mereka menghargai iman yang mereka dapati adalah sungguh bernilai yang tidak boleh dijadikan sebagai barang tukaran di atas dunia ini.
      Dengan adanya aqidah Islam mereka sanggup untuk mempertahankan keimanan mereka kepada Allah swt tanpa boleh diganggu gugat oleh mana-mana kuasa manusia.
      Mereka akan meletakkan kecintaannya kepada Allah dan Rasul mengatasi kecintaan yang biasa ada pada diri manusia kerana hidupnya telah sebati dengan apa yang ada pada dirinya..
     Bagaimana pula dengan para wanita di zaman sekarang yang sedang diuji keimanan mereka dengan segala kesenangan,kemewahan,wang ringgit dan dunia yang penuh glamour..?
    Kehadiran Islam adalah agama dan cara hidup yang bersesuaian dengan fitrah manusia dan wanita itu sendiri..Islam bermaksud selamat dan sejahtera..maka jika para wanita ingin selamat di dunia dan akhirat maka tiada lagi "jalan selamat"selain mengambil Islam sebagai cara hidup.
   Maka para wanita mestilah meneruskan dan tetap mempertahankan permata yang paling bernilai buatnya iaitu Iman dan Maruah diri.Sesungguhnya musuh-musuh Islam tidak pernah berehat untuk menipudaya dan memperdaya wanita Islam dalam segenap sudut..Kewajipan memelihara kedua-duanya ini adalah bersifat berterusan hingga akhir hayat samada di waktu kesenangan atau kesusahan..Kerana Iman dan aqidah adalah suatu kebenaran dan maruah diri adalah suatu kesucian.Iman dan maruah tidak boleh dirampas oleh sesiapapun,melainkan jika wanita itu sendiri yang menyerah diri.Bukan sahaja wanita diseru supaya menegakkan Islam di dalam diri bahkan di dalam keluarga,masyarakat dan negara..
 Semoga kisah Sumaiyah akan menjadi pedoman dan panduan buat seluruh wanita Islam..
 Firman Allah swt yang bermaksud:Adakah kamu menyangka bahawa mereka  dibiarkan berkata kami orang beriman,dan mereka tidak diuji.Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka ,maka Allah pasti mengetahui orang -orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.Surah Al Ankabuut ayat 2 n 3..
HARI WANITA ANTARABANGSA :
Siapakah Wanita Hari Ini? Adakah Mereka Penentu Generasi Hari Esok?

Aiman Athirah Al Jundi, 11 Mac 2012

Galuran Susur Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (HWA)

Wanita merupakan lebih separuh daripada jumlah penduduk negara ini yang kini telahpun mencecah lebih kurang 28 juta orang. Demikian pula, wanita juga merupakan separuh daripada populasi dan penghuni bumi. Pengiktirafan ke atas wanita telah mendorong  persetujuan PBB pada tahun 1975  untuk menetapkan bahawa tanggal 8 Mac setiap tahun itu sebagai tarikh rasmi bagi sambutan Hari Wanita Antarabangsa (HWA), iaitu setelah HWA disambut buat kali yang ke-64! 

Barangkali tidak ramai yang tahu bahawa tanggal 8 Mac 2012 baru-baru ini merupakan sambutan HWA untuk kali yang ke 101 tahun. Sekaligus membawa maksud usaha pemberdayaan wanita dari kacamata Barat (termasuk wilayah pengaruh jajahannya) telah dilipatkaligandakan secara terancang lebih kurang satu abad yang lalu, sekalipun kelihatannya agak terkemudian berbanding pengiktirafan ke atas wanita yang telah diberikan Islam, iaitu lebih kurang 1400 tahun yang silam.

Kali pertama HWA ini disambut ialah pada 19 Mac 1911 oleh Austria, Denmark, German dan Switzerland. Terdahulu, ideanya bermula pada tahun 1910 dalam satu Mesyuarat Pertubuhan Sosial Antarabangsa yang kemudiannya menyaksikan sambutan pada tahun berikutnya melibatkan lebih kurang 1 juta orang wanita, dengan dijayakan bersama-sama dengan kaum lelaki.
 
Di peringkat negara kita sendiri, HWA telah disambut kali pertamanya pada tahun 1975 dan sebagai rakaman sejarah, negara pada 8 Mac 1975 telah melancarkan Setem Kenang-Kenangan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa. Ironinya, pada masa yang sama terdapat satu lagi tarikh untuk Sambutan Hari Wanita di peringkat Malaysia (dalam negara) iaitu pada tanggal 25 Ogos setiap tahun. Malangnya, tarikh ini adalah hanya mewakili kepentingan segelintir iaitu sempena sejarah penubuhan Ibu UMNO yang sekaligus tidak zahir daripada pertimbangan yang barangkali adil untuk semua wanita yang realitinya terdiri daripada pelbagai latarbelakang sosial dan ideologi perjuangan serta ideologi politik masing-masing.

Nah, ini antara cabaran kita dalam menyatukan kepelbagaian wanita itu agar upaya duduk semeja bagi membincangkan perihal paling butuh dan paling perlu demi kelangsungan Generasi Hari Esok, yang nantinya bisa belajar bagaimana untuk terus memacu kebangkitan dan kemajuan meski dalam wadah yang cukup berbeda! Iyya, perbedaan itu sesungguhnya tidak wajar merencat apa jua usaha ke arah yang lebih baik, apatah lagi jika kita meletakkan kepentingan kelangsungan warga manusia dan martabat kemuliaan wanita itu sendiri di neraca kewajarannya.

Siapa Wanita Hari Ini Dan Apa Cabarannya?

Bila kita bercakap tentang siapakah wanita itu pada hari ini, maka kita mesti jujur dalam menyatakan siapakah sebenarnya wanita itu. Kita tidak boleh bersikap, bila bicara sahaja soal wanita maka kita terperangkap dalam fahaman wanita itu adalah kita semata-mata. Jika dengan andaian itu, maka tentulah kita sebenarnya gagal untuk sejujurnya memahami, mengenali dan menyantuni segala persoalan yang berhubungkait langsung dengan kehidupan realitas para wanita, sekaligus segala yang berimpak daripada kewujudannya.

Hakikatnya, wanita pada hari ini merupakan entiti rasmi negara yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang sosial, ekonomi dan politik. Ada yang berpendidikan rendah, menengah, tinggi hatta masih ada juga yang buta huruf khususnya di kawasan kampung, desa dan pedalaman terpencil. Ada yang suri rumah, petani, nelayan, peneroka, peniaga hatta mereka yang berkerjaya dengan profesion-profesion tertentu seperti Peguam, Doktor, Jurutera, Ahli Politik, Aktivis Sosial dan seumpamanya.

Ada juga yang akibat desakan hidup mereka terpaksa menjadi Pelacur, GRO dan menjual maruah samada untuk meneruskan hidup, tidak kurang juga bagi mengejar status  dan hidup mewah. Ada yang merupakan penagih dadah, penghidap HIV, mangsa dera, mangsa keganasan, mangsa perceraian, gantung tidak bertali, ditinggalkan suami tanpa nafkah (di mana 3.4 juta wanita kita merupakan Ibu Tunggal), dirogol, dibunuh, dijual dan dilacur  oleh sindiket pemerdagangan manusia yang kita difahamkan Malaysia merupakan salah sebuah negara paling berisiko dengan masalah ini.

Ada yang hidup bebas merdeka, ada juga yang hidup “terpenjara”,  terpaksa menjadi “hamba” khususnya kepada sebilangan lelaki tidak bertanggungjawab.  Ada yang terperangkap dengan “cinta nafsu”, akhirnya kecundang di bawah sinaran neon kota kosmopolitan lantas terpalit zina  yang kemudiannya pula menjadi pembunuh bayi-bayi mereka yang tidak berdosa.

Wajar juga kita menginsafi dapatan daripada statistik rasmi negara bahawa setiap 17 minit akan lahir seorang anak luar nikah, setiap 15 minit sebuah institusi rumah tangga akan runtuh (berlaku perceraian), setiap hari lebih kurang 10 orang wanita menjadi mangsa rogol, setiap hari 4 orang kanak-kanak akan hilang, setiap 3 orang daripada 6 orang remaja wanita mengaku pernah melakukan hubungan seks haram dan pelbagai data dan statistik yang cukup menggerunkan kita semua!

Nah, rencam bukan? Inilah realiti wanita kita pada hari ini.  Justeru, kita semua kaum wanita seharusnya sedar  yang pelbagai cabaran besar sedang menunggu kita baik pada masa kini hatta pada masa akan datang. Bahkan sepanjang tarikan dan hembusan nafas kita, juga pada setiap derap dan langkah kita adalah perjuangan untuk sebuah kehidupan yang lebih bermakna di dunia dan juga di akhirat kelak.

Apatah lagi tanggungjawab kita bagi memastikan kelangsungan Generasi Hari Esok, maka mahu tidak mahu, suka tidak suka - WAJIB untuk kita berubah dan berusaha sedaya mungkin memperbaiki dan memperelokkannya ; bukan hanya dengan perasaan, bukan lagi hanya dengan perkataan, tetapi kini WAJIB BANGKIT merubahnya dengan TANGAN dan perbuatan! 18 Mac 2012 insyaAllah pastikan kita semua menjadi penyumbang kepada suatu Kebangkitan Baru : WANITA SUARA PERUBAHAN!

Keyakinan kita, insyaAllah, setiap perjuangan yang benar itu betapa ditekan tetap ia menjalar. Tanpa dibaja kan tetap ia mekar. Tanpa udara sekalipun kan tetap ianya segar. Medium dan seni perjuangan itu luas dakwahnya. Jangan sama sekali disempitkan sesempit aqal yang tumbesarannya bonsai dalam asuhan Regim!

Rumusan saya, cabaran yang menunggu golongan wanita sekarang terlalu banyak.  Maka adunan kecekapan, kemahiran, kebijaksanaan, kesabaran dan kekentalan semangat hatta seni dalam kepimpinan itu kini suatu yang wajib dimiliki oleh setiap diri di kalangan kita para pejuang wanita yang insyaAllah nantinya akan memastikan kita  berjaya mengatasi setiap dugaan, ujian dan rintangan. Tanpa segala keinsafan, kesedaran dan sifat-sifat ini, kita tidak mungkin upaya menjadi pencorak dan penentu Generasi yang lebih baik untuk negara serta masyarakat kita pada hari esok.

Bangkitlah Wahai Adik-Adikku Wanita-Wanita Muda.
Bangkitlah Wahai Seluruh Denyut Nadi Dan Srikandi Negara.
Jangan Biarkan Langkahmu Hanya Terhenti Di Rumah! Sungguh, Ummah Sedang Menanti Senimu Dalam Berdakwah. Segala Derita Dan Sengsara Mereka Mesti Disembuh, Mesti Dirawat Dengan Segala Hikmah Dan Fatanah. HIDUP KEBANGKITAN

Sumber:Blog Dewan Muslimat Pas Pusat

KEPIMPINAN BERTERASKAN WAHYU MENYANGGAH PEMUJAAN NAFSU

Kedatangan nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi akhir zaman di mana dakwahnya meliputi seluruh alam tanpa terhad pada sesuatu bangsa atau negara tertentu sahaja. Kejayaan gemilang yang telah dicatat oleh baginda dalam mengubah dunia daripada penindasan jahiliah kepada keadilan Islam, daripada kelam kekufuran kepada cahaya iman. Tugas nabi yang mulia ini diteruskan oleh khulafa’ ar-Rasyidin selepas kewafatan baginda pada bulan Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah bagi memastikan suasana yang baik dan teratur tidak kembali menjadi buruk dan berterabur. Sesuai dengan maksud khalifah itu sendiri iaitu kepimpinan dalam mengurus dunia berdasarkan agama ke arah menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sesuai dengan contoh kehidupan yang terbaik yang telah ditonjolkan oleh nabi yang bukan sahaja sebagai seorang ahli ibadat yang tawadhu’, pendakwah yang cekal, ketua keluarga yang penyayang, ahli masyarakat yang sopan, ketua tentera yang bijak malah sebagai pemimpin negara yang hebat. Jangan sekali-kali memisahkan cara hidup nabi dalam setiap kehidupan dengan hanya melihat nabi sebagai pendakwah yang tidak berpolitik atau hanya memakmurkan masjid tidak terlibat dalam mengurus negara. Kewafatan nabi bukan bererti berakhirnya dakwah Islam sebagaimana permusuhan terhadap Islam terus berlangsung hingga hari qiamat. Jahiliah yang pernah dibanteras oleh nabi akan kembali subur semula akibat gagalnya sistem Islam dilaksanakan atas muka bumi ini. Jatuh bangun, maju mundur, bahagia derita, merdeka dijajah umat Islam bergantung kepada kejayaan atau kegagalan dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Nabi dan kepimpinan Islam yang berjaya sebelum ini telah mengubah jahiliah kepada Islam sedangkan kita yang terkial-kial mencari kebahagiaan dan kegemilangan akibat membuang Islam dengan mengambil kembali jahiliah
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
            Ketika menyingkap tentang kepimpinan yang berjaya maka bermula daripada pemimpin mesti memiliki segala sifat yang terpuji antaranya Sidiq iaitu benar dalam percakapan, benar dalam tindakan. Beradanya kita pada akhir zaman di mana banyak keadaan menjadi terbalik sehingga yang baik dipandang jahat, penipu dipandang jujur, orang paling rosak akhak dijadikan pemimpin. Akhirnya berlaku rompakan demi rompakan terhadap harta rakyat disamping rasuah dan pecah amanah dijadikan budaya hidup sehingga meletakkan negara semakin tinggi hutang yang mendekatkan kepada bankrap. Namun begitu pembohongan dengan lakonan yang hebat melalui TV, radio dan media massa yang digunakan semaksima yang mungkin dalam menyembunyikan masalah pecah amanah, rasuah sehingga rakyat terus tertipu dan terpedaya. Rakyat digula-gulakan dengan habuan yang sedikit sehingga tidak menghirau lagi rompakan harta rakyat yang begitu besar. Ingatlah amaran nabi s.a.w dalam suatu hadis:
إِيَّاكُم وَالْكَذِبَ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَلاَ يَزَالُ الْرجل يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّاباً – رواه البخاري ومسلم
Maksudnya : Berhatilah kamu dengan penipuan. Sesungguhnya penipuan membawa kepada maksiat dan maksiat membawa kepada neraka. Seseorang itu akan berterusan dan bersunguh-sungguh menipu sehinggalah dia dicatatkan sebagai penipu
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 58 Surah an-Nisa’:
إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Sifat yang wajib ada pada pemimpin juga ialah amanah dengan menjauhi pengkhianatan terhadap tanggungjawab yang dipikul kerana meyakini bahawa setiap apa yang dilakukan bakal ditanya di Mahkamah Allah di padang mahsyar nanti. Sifat amanah akan membawa pemimpin untuk berlaku adil dan telus dalam tindakan. Ketiadaan amanah menyebabkan kezaliman semakin meluas sehingga rakyat yang mencuri alat dapur kerana kesempitan hidup diberkas sedangkan perompak wang negara berjuta-juta terus hidup bebas. Rakyat yang melakukan rasuah sedikit diambil tindakan sedangkan orang berkedudukan yang melakukan rasuah terus dibiarkan. Akhirnya terjadi sebagaimana suatu peristiwa yang menggemparkan negara apabila seorang bekas imam bertindak melempar kasut ke arah hakim kerana tidak berpuas hati dengan layanan kehakiman sehingga dijatuhkan hukuman penjara sedangkan masalah sebenar yang dibangkitkan oleh bekas imam tersebut berkenaan penyelewengan wang masjid tidak dihirau. Ingatlah kita bagaimana kedudukan seorang pemimpin bukan untuk memperbanyakkan harta peribadi dan mengabaikan tanggungjawab terhadap orang bawahan sebagaimana pesanan penting yang pernah diungkapkan oleh Sayyidina Abu Bakar dengan katanya : “Amanah adalah harta kekayaan sebenar hasil daripada keimanan yang teguh, ia adalah sifat sekalian kekasih Allah. Maka jadikanlah amanah sebagai perhiasan iman, jauhi kecurangan dan pangkat kemegahan kerana ia akan membinasakan kamu seperti umat terdahulu yang binasa.”
Memandangkan perlantikan pemimpin daripada kalangan orang yang amanah maka kita sebagai rakyat wajib amanah dalam memilih pemimpin agar kepimpinan dan hasil mahsul Negara tidak disalah urus yang membawa kepada kerosakan. Pilihlah pemimpin yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah jika gagal melaksanakan amanah kepimpinan bukannya memilih pemimpin yang menangis untuk menagih simpati untuk terus menjadi pemimpin dalam meneruskan pengkhianatan terhadap kepercayaan yang diberi.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sifat terpuji lain yang wajib ada kepada pemimpin ialah Fathonah iaitu bijaksana di mana jika untuk berniaga, mengurus keluarga, mengurus syarikat wajib ada ilmu apatah lagi untuk mengurus negara. Kebijaksanaan yang ada membolehkan pemimpin membawa rakyat jelata bukan sahaja nikmat keamanan di dunia dengan sistem Islam malah apa yang lebih penting untuk meraih kebahagiaan berkekalan di akhirat nanti. Pemimpin yang bijaksana sentiasa berfikir macamana mahu melaksanakan seluruh sistem Islam dalam kehidupan manakala pemimpin yang tidak bijak akan sentiasa berfikir bagaimana mahu mengaburi rakyat untuk terus mengagungkan sistem penjajah. Kita begitu bimbang bila umat Islam boleh mengeluarkan kenyataan bahawa hukum hudud adalah rekaan ahli feqah bukannya datang daripada al-Quran. Orang seperti ini berfikiran seperti Orientalis barat yang mengatakan bagaimana fardhu haji hanya rekaan kerajaan Arab Saudi untuk menarik ramai pelancong. Kita begitu marah bila ada pihak tidak bertanggungjawab meletakkan kepala babi dalam masjid, kita mengutuk perbuatan biadap tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) membakar al-Quran di Afghanistan, kita mengecam akhbar The Star menyiarkan gambar artis luar negara Erykah yang mempunyai tatoo nama Allah maka kita juga wajib bangun menyanggah sebarang penghinaan terhadap sistem Islam terutama bila ia dilakukan oleh umat Islam sendiri. Oleh itu antara kewajipan yang dilakukan oleh pemimpin yang bijaksana adalah memperkasakan ilmu Islam kepada rakyat kerana manusia akan memusuhi apa yang mereka tidak tahu disamping pemimpin wajib mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina Islam. Ingatlah suatu pesanan besar bagaimana ikatan atau simpulan Islam akan dirungkai satu demi satu bermula dengan pengabaian terhadap solat lima waktu berakhir dengan menyisihkan sistem Islam yang lain termasuk politik, ekonomi dan perundangan Islam. Begitu juga wasiat terpenting yang pernah diungkapkan oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w sebelum meninggalkan umatnya selama-lamanya ialah
رواه أبو دأود عن علي رضي الله عنه قال: كَانَ  آخِرُ كَلاَمِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم: الصَّلاَة ُالصَّلاَة اتَّقُوْا اللهَ  فِيْمَا مَلَكَتْ  أَيْمَانُكُمْ
Maksudnya: Adalah kalimah terakhir yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w : Sembahyang, sembahyang! Takutkan sekalian kamu kepada Allah pada apa yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan kamu (daripada zakat)
            2 perkara besar yang diperingatkan oleh nabi iaitu sembahyang dan zakat merupakan suatu yang begitu penting dalam memastikan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia berjalan dengan baik bagi menjamin keberkatan dan ketenangan hidup. Oleh itu kewajipan yang terletak atas bahu pemimpin juga bukannya menyerah kepada ibubapa sahaja iaitu usaha dalam memperkasakan usaha ke arah melahirkan umat yang sentiasa menjaga solat dan menunaikan zakat kerana ia juga merupakan asas kepada kelangsungan kepimpinan yang bertaqwa yang selamat di dunia dan akhirat sebagaimana jaminan Allah melalui ayat 41 Surah al-Hajj:
الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
Maksudnya : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Wednesday 15 February 2012

VALENTINE DAY (HARI BERKASIH SAYANG)
Menurut pandangan Islam
Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?
 
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)
 
Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau  iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan  dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.
  
SEJARAH VALENTINE:
Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
 
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.
 
PANDANGAN ISLAM 
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
 
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
 
Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
 
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-
Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam  masalah 'Valentine Day'.
 
1. PRINSIP / DASAR
   Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama  Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
 
2. SUMBER ASASI
   Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan  mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
 
3. TUJUAN
   Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan      yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.
 
4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan    syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)
Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan    semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat    mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati    mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
 
Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.
 
Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim.  Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.
 
Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.
 
MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :
…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.
 
Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t.:
Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.
 
Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

 

 




 



PROGRAM TERKINI

SEHARI BERSAMA WANITA
"KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA"

TARIKH:19 FEBRUARI 2012
MASA   :8.00 PAGI-1.00 PTG
TEMPAT : PADANG AWAM FELDA JENGKA 15
ANJURAN:NISA' KUALA KRAU

AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK

Ceramah & Pameran Kesihatan
Pertandingan,
Master Chef
Make over Ibu,Pertandingan Si Kecil,
Puzzle,Tulisan Jawi,
Cabutan Bertuah dll..

SEMUA KANAK-KANAK DAN WANITA DIJEMPUT HADIR