Tuesday 13 March 2012

OH WANITA!!! AQIDAH MELAHIRKAN SIFAT BERANI MEMPERTAHANKAN KEBENARAN

Sejarah telah membuktikan bagaimana kejayaan Bilal bin Rabah,Ammar bin Yasir dan seorang wanita Sumaiyah yang berani mempertahankan iman mereka di hadapan pembesar Quraisy yang bermaharajalela pada waktu itu.Namun untuk mengucap ucapan yang boleh membawa kepada kekufuran adalah jauh sama sekali kerana mereka menghargai iman yang mereka dapati adalah sungguh bernilai yang tidak boleh dijadikan sebagai barang tukaran di atas dunia ini.
      Dengan adanya aqidah Islam mereka sanggup untuk mempertahankan keimanan mereka kepada Allah swt tanpa boleh diganggu gugat oleh mana-mana kuasa manusia.
      Mereka akan meletakkan kecintaannya kepada Allah dan Rasul mengatasi kecintaan yang biasa ada pada diri manusia kerana hidupnya telah sebati dengan apa yang ada pada dirinya..
     Bagaimana pula dengan para wanita di zaman sekarang yang sedang diuji keimanan mereka dengan segala kesenangan,kemewahan,wang ringgit dan dunia yang penuh glamour..?
    Kehadiran Islam adalah agama dan cara hidup yang bersesuaian dengan fitrah manusia dan wanita itu sendiri..Islam bermaksud selamat dan sejahtera..maka jika para wanita ingin selamat di dunia dan akhirat maka tiada lagi "jalan selamat"selain mengambil Islam sebagai cara hidup.
   Maka para wanita mestilah meneruskan dan tetap mempertahankan permata yang paling bernilai buatnya iaitu Iman dan Maruah diri.Sesungguhnya musuh-musuh Islam tidak pernah berehat untuk menipudaya dan memperdaya wanita Islam dalam segenap sudut..Kewajipan memelihara kedua-duanya ini adalah bersifat berterusan hingga akhir hayat samada di waktu kesenangan atau kesusahan..Kerana Iman dan aqidah adalah suatu kebenaran dan maruah diri adalah suatu kesucian.Iman dan maruah tidak boleh dirampas oleh sesiapapun,melainkan jika wanita itu sendiri yang menyerah diri.Bukan sahaja wanita diseru supaya menegakkan Islam di dalam diri bahkan di dalam keluarga,masyarakat dan negara..
 Semoga kisah Sumaiyah akan menjadi pedoman dan panduan buat seluruh wanita Islam..
 Firman Allah swt yang bermaksud:Adakah kamu menyangka bahawa mereka  dibiarkan berkata kami orang beriman,dan mereka tidak diuji.Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka ,maka Allah pasti mengetahui orang -orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.Surah Al Ankabuut ayat 2 n 3..

No comments:

Post a Comment