Sunday 28 August 2011

MERDEKA YANG SEBENAR

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!Kalimah yang dianggap keramat yang sering dilaungkan saban 31 Ogos tiba.Sambutan yang cukup meriah disambut demi untuk menzahirkan kegembiraan menyambut ulangtahun kemerdekaan tanah air dari penjajahan bangsa asing lebih lima dekad yang lalu.Kini 31 Ogos kembali lagi buat kesekian kalinya.Namun sejauh mana pengertian dan penghayatan kepada kemerdekaan yang sebenar dapat direalisasikan oleh umat Islam di era globalisasi ini?Cukup MERDEKA kah kita dengan tiada kedengaran bunyi senapang tentera asing dan tiada lagi juadah ubi kayu rebus(menjadi makanan utama orang Melayu di era penjajahan)?Atau merdekanya umat Islam adalah ketika umat Islam sedang menikmati kehidupan di zaman yang moden,bersama peralatan dan keperluan yang canggih?Pelbagai tafsiran kemerdekaan boleh diterjemahkan mengikut kacamata(cermin mata)yang dipakai.Samada cermin mata hitam,atau perang atau cermin mata jingga dan lain-lain.Di kesempatan ini marilah sama-sama kita melihat dan memahami konsep kemerdekaan yang sebenar dari perspektif Islam.Kemerdekaan yang sebenar adalah memerdekakan diri,keluarga,masyarakat dan negara dari dijajah oleh sesama makhluk.Sejarah telah membuktikan Rasulullah saw telah melancarkan Risalah Tauhid kepada Allah ke seluruh pelosok dunia.Begitu juga dengan perjuangan Rasul-rasul AS yang terdahulu menyebarkan Risalah menyeru umat-umat terdahulu MengEsakan Allah SWT. Telah terbukti tiada kepentingan peribadi Nabi saw di dalam setiap seruan Risalah yang Nabi saw sampaikan kepada umat baginda.Tauhid kepada Allah adalah noktah utama kehidupan seorang hamba Allah.Firman Allah yang bermaksud:Sembahlah Allah dan janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun.(Surah An-nisa’ ayat 36).Allah Taala memerintahkan kepada kita supaya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah.Allah taala turut melarang kita melakukan syirik dan menyekutukan Allah dengan suatu apa pun.Kedua-dua perintah Allah ini jelas menunjukkan kewajiban setiap umat Islam membebaskan diri dari setiap penjajahan makhluk. Ulama’ tasauf mengatakan terdapat empat perkara utama yang menghalang seorang hamba mengabdikan diri kepada Allah iaitu hawa nafsu,dunia(persekitarannya),manusia,syaitan .Sembah Allah bukan hanya solat,puasa,ibadah haji sahaja.Sembah Allah dengan makna mengabdikan diri kepada Allah dan taat setia kepada Allah.Sebagai rumusannya ayat di atas memerintahkan kita supaya mengabdikan diri kepada Allah pada seluruh aspek kehidupan.Mengabdikan diri kepada Allah dalam  hidup bekeluarga dan berumahtangga,mengabdikan diri kepada Allah dalam hidup bermasyarakat dan sebagainya.Taat dan setia kepada Allah dalam perundangan negara,budaya masyarakat dan sistem ekonomi.Umat Islam turut diperintahkan mengabdikan diri kepada Allah kepada setiap perkara yang Allah redha,walaupun hati manusia tidak menyukainya.Nabi saw adalah contoh tauladan yang paling baik dalam ubudiah(sifat kehambaan)seorang hamba.Nabi saw mengamalkan sifat ubudiah dalam setiap aspek kehidupan baginda. Sebagai seorang ayah Nabi saw tetap merasakan baginda adalah seorang hamba Allah(maka baginda menjadi seorang ayah yang soleh).Sebagai seorang Pemimpin utama dalam negara Madinah Nabi saw tetap merasakan baginda seorang hamba Allah yang terikat dengan setiap undang-undang dan hukum Allah.Maka Nabi saw menjadi seorang pemimpin yang adil,amanah dan zuhud.Asas kepada taat adalah Tauhid kepada Allah.Tugas umat Islam pada hari ini bukan setakat membebaskan diri dari terkena bahan radiasi Lynas sahaja,bukan setakat memperjuangkan khazanah negara yang dirampas bangsa sendiri.Tetapi peranan utama kita adalah memerdekakan diri,keluarga dan masyarakat dari terus menjadi hamba kepada hawa nafsu,manusia,syaitan dan dunia.Bukti seorang hamba Allah menjadi seorang manusia yang merdeka adalah:Tiada yang ditakuti melainkan Allah,tiada yang dicintai melainkan Allah,tiada tempat tawakal melainkan Allah.Semoga kita berjaya memperolehi kemerdekaan yang sebenar sempena kemenangan bermujahadah selama sebulan Ramadhan pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment