Wednesday 21 September 2011

KURSUS PENGGUNAAN BLOG DAN FACEBOOK KEPADA BLOGGERS DAN PENGENDALI FACEBOOK


17 September 2011:Lajnah Penerangan Dewan Muslimat Pas Pahang telah menganjurkan kursus penggunaan blog,facebook dan Smspro kepada bloggers dan pengendali facebook.Antara peserta yang terlibat adalah dari kalangan muslimat dan Nisa'.Setiap kawasan diwajibkan menghantar peserta untuk menghadiri kursus ini.Pembentang dan pengisian slot telah disampaikan oleh Setiausaha Lajnah ICT Pahang Puan NorAmira Shaharudin dan Timbalan ketua Nisa' Negeri Maskhazila Ismail.Semoga jentera parti di kalangan muslimat dapat menjadikan "media baru" sebagai salah satu kekuatan parti dalam meneruskan misi perjuangan.

Tuesday 20 September 2011

Friday 16 September 2011

ANAK LELAKI MANTAN KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KEMBALI KE RAHMATULLAH








15 SEPTEMBER 2011:Anak lelaki Ustazah Azizah bt Khatib Mat iaitu Allahyarham Muhammad Faieq telah kembali ke Rahmatullah pagi ini.Menurut Ustazah Allahyarham telah menghidap penyakit kanser.Allahyarham telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Sultan Ahmad Syah Temerloh.Ustazah Azizah adalah mantan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat dan mantan Ketua Dewan Muslimat Pas Pahang.Dewan Muslimat Pas Pahang merakamkan takziah kepada Ustazah dan keluarga.Semoga Ustazah dan keluarga tabah dan redha atas pemergiaan anaknya.Semoga Roh Allahyarham dicucuri RahmatNya..Alfatihah.

SEKITAR PROGRAM PELANCARAN JENTERA P,RAYA WANITA PAKATAN RAKYAT




Friday 9 September 2011

GEJALA MURTAD BERLELUASA?APAKAH PENAWARNYA?
SISTEM PERUNDANGAN ISLAM
Penggubalan dan perlaksanaan sebuah undang-undang yang boleh menghalang dan mencegah umat Islam dari terjebak kepada gejala murtad(keluar agama).Kerajaan dan rakyat di semua peringkat hendaklah bersatu untuk bersama-sama mencapai dan melaksanakan undang-undang ini.
SISTEM PENDIDIKAN ISLAM
Pemantapan pendidikan ilmu agama yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah dan berasaskan mentauhidkan Allah.Bukan sekadar belajar ilmu untuk berjaya dan lulus di dalam peperiksaan sahaja.Bahkan ilmu yang tahqiq dan menjadi pegangan untuk diri setiap umat Islam dalam menjalani kehidupan.Ilmu yang mesti dipelajari seperti  Ilmu Usuluddin  yang mengesahkan pegangan hati dan aqidah setiap umat Islam.Pendidikan dalam Islam termasuklah Sains,Perubatan dan sebagainya.Islam tidak melarang umatnya mempelajari ilmu sains dan lain-lain.Tetapi pemantapan Ilmu Usuluddin adalah sebagai dasar dan asas kepada ilmu-ilmu yang lain.
SISTEM SOSIAL ISLAM
Kebajikan kepada setiap umat Islam mestilah ditunaikan.Islam mengajar kita bertolong-tolong di antara satu sama lain.Islam melarang kita untuk bersifat individualistik.Islam juga menyarankan supaya umat Islam mengambil berat kebajikan golongan mualaf,miskin,orang kurang upaya,anak yatim.Mewujudkan suasana dan persekitaran yang selamat(Bia’h Solehah) untuk Iman umat Islam adalah sangat penting.Tanggungjawab ini mestilah dipikul oleh setiap orang yang mengaku beragama Islam.
SISTEM EKONOMI ISLAM
Pembahagian harta dan khazanah negara yang adil kepada rakyat.Pemantapan sistem pembahagian zakat kepada golongan yang memerlukan.Kekayaan hasil bumi tidak hanya dikaut oleh segelintir golongan sahaja.Bukan hanya zakat sahaja,bahkan fidyah,infaq dan sedeqah juga berperanan membantu memajukan ekonomi umat Islam,disamping cara bermuamalah yang bebas dari sistem riba’ dan kapitalisme.
SISTEM KELUARGA ISLAM
Pemantapan keluarga Muslim dari semasa ke semasa.Keluarga yang diasaskan dengan pegangan agama Islam yang kukuh.Ibubapa sebagai contoh tauladan yang baik kepada anak-anak dalam setiap amalan kehidupan.

Sunday 4 September 2011

PELANCARAN JENTERA WANITA PAKATAN RAKYAT NEGERI PAHANG DAN JAMUAN HARI RAYA IDULFITRI 1432
TARIKH:16 SEPTEMBER 2011
TEMPAT;DARUL AMIN SUNGAI GAU
SEMUA JENTERA TERLIBAT DIJEMPUT HADIR
“ MUSLIMAT PEMIMPIN PERUBAHAN MENERAJUI KEBANGKITAN”

Friday 2 September 2011

Sistem Masyarakat Islam yang Perlu Dihayati
·      Mengabdikan diri kepada Allah dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.
·      Berbuat Ihsan kepada kedua ibubapa iaitu melakukan sesuatu yang boleh menyenangkan hati keduanya.
·      Berbuat baik kepada orang yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan kita dengan menziarahi dan bertanya khabar mereka.
·      Berbuat baik kepada anak yatim iaitu:tidak menyakiti dan mengambil hak mereka dengan tidak sebenar.
·      Berbuat baik terhadap orang miskin(orang yang mempunyai tenaga tapi miskin)walaupun mereka bukan dari kalangan keluarga kita.
·      Berbuat baik kepada jiran yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kita.
·      Berbuat baik kepada jiran yang jauh(bukan keluarga) dengan menjaga hak-hak jiran.
·      Berbuat baik kepada teman yang ada di tepi rusuk kita iaitu isteri atau suami dengan menunaikan segala hak-hak mereka.
·      Berbuat baik kepada orang musafir yang singgah di tempat tinggal kita.
·      Sempena kedatangan bulan syawal yang mulia ini marilah sama-sama kita menghayati sistem sosial masyarakat islam ini.


KEHILANGAN SEBUTIR PERMATA DI MEDAN DAKWAH TANAH AIR



1 Syawal 1432H:Almarhum Tuan Guru Hj Hasyim(Mudir Pondok Pasir Tumboh)telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 1.10 petang.AlMarhum Tok Guru terkenal dengan panggilan Tok Ayah.Almarhum Tok Guru seorang yang mempunyai akhlak yang tinggi,baik hati.penyayang dan pemurah kepada orang yang kurang bernasib baik seperti anak yatim,muallaf yang susah dan orang miskin.Menurut muridnya,beliau seorang yang ikhlas,istiqamah dan bersemangat tinggi dalam ilmu dan amal,telah menghiasi usianya dengan menyampaikan ilmu-ilmu melalui kitab-kitab ulama' Muktabar.Dengan Taufiq dari Allah beliau telah melahirkan murid-murid yang ramai di seluruh Malaysia dan beberapa negara jiran.Tuan Guru juga telah banyak menyumbang baktinya kepada gerakan Islam dan Pas.Beberapa orang kepimpinan Pas di peringkat kawasan,negeri dan Pusat adalah bekas pelajar Tok Guru.Beliau mempunyai fikrah yang jelas dan sentiasa konsisten bersama Pas.Kebanyakan mudir-mudir dan tok guru pondok di sekitar negeri Kelantan,Terengganu,Pahang,Kedah,Selangor dan lain-lain adalah anak murid Tok Guru Hj Hasyim.Semoga Roh AlMarhum sentiasa dicucuri Rahmat Ilahi..Al-Fatihah.