Sunday 28 August 2011

MERDEKA YANG SEBENAR

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!Kalimah yang dianggap keramat yang sering dilaungkan saban 31 Ogos tiba.Sambutan yang cukup meriah disambut demi untuk menzahirkan kegembiraan menyambut ulangtahun kemerdekaan tanah air dari penjajahan bangsa asing lebih lima dekad yang lalu.Kini 31 Ogos kembali lagi buat kesekian kalinya.Namun sejauh mana pengertian dan penghayatan kepada kemerdekaan yang sebenar dapat direalisasikan oleh umat Islam di era globalisasi ini?Cukup MERDEKA kah kita dengan tiada kedengaran bunyi senapang tentera asing dan tiada lagi juadah ubi kayu rebus(menjadi makanan utama orang Melayu di era penjajahan)?Atau merdekanya umat Islam adalah ketika umat Islam sedang menikmati kehidupan di zaman yang moden,bersama peralatan dan keperluan yang canggih?Pelbagai tafsiran kemerdekaan boleh diterjemahkan mengikut kacamata(cermin mata)yang dipakai.Samada cermin mata hitam,atau perang atau cermin mata jingga dan lain-lain.Di kesempatan ini marilah sama-sama kita melihat dan memahami konsep kemerdekaan yang sebenar dari perspektif Islam.Kemerdekaan yang sebenar adalah memerdekakan diri,keluarga,masyarakat dan negara dari dijajah oleh sesama makhluk.Sejarah telah membuktikan Rasulullah saw telah melancarkan Risalah Tauhid kepada Allah ke seluruh pelosok dunia.Begitu juga dengan perjuangan Rasul-rasul AS yang terdahulu menyebarkan Risalah menyeru umat-umat terdahulu MengEsakan Allah SWT. Telah terbukti tiada kepentingan peribadi Nabi saw di dalam setiap seruan Risalah yang Nabi saw sampaikan kepada umat baginda.Tauhid kepada Allah adalah noktah utama kehidupan seorang hamba Allah.Firman Allah yang bermaksud:Sembahlah Allah dan janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun.(Surah An-nisa’ ayat 36).Allah Taala memerintahkan kepada kita supaya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah.Allah taala turut melarang kita melakukan syirik dan menyekutukan Allah dengan suatu apa pun.Kedua-dua perintah Allah ini jelas menunjukkan kewajiban setiap umat Islam membebaskan diri dari setiap penjajahan makhluk. Ulama’ tasauf mengatakan terdapat empat perkara utama yang menghalang seorang hamba mengabdikan diri kepada Allah iaitu hawa nafsu,dunia(persekitarannya),manusia,syaitan .Sembah Allah bukan hanya solat,puasa,ibadah haji sahaja.Sembah Allah dengan makna mengabdikan diri kepada Allah dan taat setia kepada Allah.Sebagai rumusannya ayat di atas memerintahkan kita supaya mengabdikan diri kepada Allah pada seluruh aspek kehidupan.Mengabdikan diri kepada Allah dalam  hidup bekeluarga dan berumahtangga,mengabdikan diri kepada Allah dalam hidup bermasyarakat dan sebagainya.Taat dan setia kepada Allah dalam perundangan negara,budaya masyarakat dan sistem ekonomi.Umat Islam turut diperintahkan mengabdikan diri kepada Allah kepada setiap perkara yang Allah redha,walaupun hati manusia tidak menyukainya.Nabi saw adalah contoh tauladan yang paling baik dalam ubudiah(sifat kehambaan)seorang hamba.Nabi saw mengamalkan sifat ubudiah dalam setiap aspek kehidupan baginda. Sebagai seorang ayah Nabi saw tetap merasakan baginda adalah seorang hamba Allah(maka baginda menjadi seorang ayah yang soleh).Sebagai seorang Pemimpin utama dalam negara Madinah Nabi saw tetap merasakan baginda seorang hamba Allah yang terikat dengan setiap undang-undang dan hukum Allah.Maka Nabi saw menjadi seorang pemimpin yang adil,amanah dan zuhud.Asas kepada taat adalah Tauhid kepada Allah.Tugas umat Islam pada hari ini bukan setakat membebaskan diri dari terkena bahan radiasi Lynas sahaja,bukan setakat memperjuangkan khazanah negara yang dirampas bangsa sendiri.Tetapi peranan utama kita adalah memerdekakan diri,keluarga dan masyarakat dari terus menjadi hamba kepada hawa nafsu,manusia,syaitan dan dunia.Bukti seorang hamba Allah menjadi seorang manusia yang merdeka adalah:Tiada yang ditakuti melainkan Allah,tiada yang dicintai melainkan Allah,tiada tempat tawakal melainkan Allah.Semoga kita berjaya memperolehi kemerdekaan yang sebenar sempena kemenangan bermujahadah selama sebulan Ramadhan pada tahun ini.
seLAMAT HARI RAYA IDULFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DAN PENDOKONG PERJUANGAN KEBENARAN MINAL AIDIL WAL FAIZIN

Thursday 25 August 2011

HIDUP UNTUK MEMBERI

      Setiap kali bangun dari tidur di waktu pagi,umat Islam sering bertanya dalam hati,memikirkan,"apakah makanan untuk aku makan pada hari ini?,apakah pakaian untuk aku pakai hari ini?kerisauan ini berterusan hinggalah sampai waktu malam.Apabila mata sudah ingin terlelap,maka hati umat Islam berkata-kata untuk kesekian kalinya,"apakah makanan untuk aku makan pada hari esok?apakah pakaian yang aku pakai pada hari esok?Sedangkan rezeki setiap umat manusia telah disuratkan oleh Allah ketika manusia belum lahir ke dunia lagi.Walaupun rezeki manusia telah dicatat,tetapi Allah Taala tetap memerintahkan manusia berusaha,bekerja dalam mencari rezeki sebagai syarat sah tawakal.Tawakal yang diajar syara' adalah beserta dengan usaha dan ikhtiar hamba.
      Setiap rezeki yang diperolehi oleh manusia adalah pinjaman dari Allah Taala sahaja.Bahkan setiap nikmat yang diperolehi adalah suatu uijan yang menguji sejauh mana kesyukuran manusia kepada Allah Tuhan Pemberi Nikmat.
      Firman Allah yang bermaksud:Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan berupa perempuan-perempuan,anak-anak,harta benda yang bertompok dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan,haiwan ternakan dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia,dan disisi Allah tempat kembali yang baik(Surah Ali Imran ayat 14)
      Firman Allah yang bermaksud:Manusia menyangka harta itu kekal bersama mereka(dan mereka kekal bersama hartanya)Surah Humazah ayat 3.
      Di antara tanda seorang manusia bersyukur setelah dapat nikmat adalah membantu saudara sesama Islam yang kurang bernasib baik.Bukan hanya memonopoli,mengumpul dan menyimpan hartanya semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
      Rasulullah sebagai contoh terbaik seorang murabbi yang telah berjaya mendidik minda dan hati para sahabat baginda  dengan Hidup Untuk Memberi.
Rasulullah sering bertanya para sahabatnya di waktu subuh,"Siapakah yang telah membantu saudaranya pada pagi ini"
      Hadis Nabi saw yang bermaksud:Barangsiapa yang melepaskan kesusahan saudara muslimnya dari kesusahan dunia,nescaya Allah melepaskannya dari kesusahan akhirat(Hadis Riwayat Muslim)
      Sempena Ramadhan yang berkat ini,marilah sama-sama kita pertingkatkan pahala dan kebajikan kepada insan lain.Dalam soal kebajikan dan ingin memberi tiada istilah bertangguh.Apabila sudah terlintas di hati ingin bersedeqah,maka hulurkanlah sedeqah.Jangan berlengah-lengah dan berkata,"nantilah bila saya dah kaya raya baru saya nak sedeqah dan buat kebajikan".Apakah ada jaminan kita nak sedeqah di saat kita kaya-raya?atau mungkin kita lebih sibuk dan menghabis duit dengan perkara yang lain seperti:Breakfast di Paris,Dinner di UK..
      Islam ditegakkan dengan ilmu para ulama',harta orang kaya dan keadilan pemerintah.Maka punca seseorang itu jadi kedekut adalah panjang angan-angan,cintakan dunia dan takut mati.Dalam bab harta dunia kita mestilah memandang orang yang di bawah(kurang harta dari kita),supaya lahir sifat syukur dan qanaah dalam hati.Tetapi dalam bab amal ibadah kita mesti lihat orang yang di atas kita(yang lebih banyak ibadah daripada kita)supaya lahir semangat untuk menambah amal ibadah(Maksud Hadis).
      Orang yang mempunyai harta yang banyak akan bertambah hisabnya di akhirat,di antara soalan bocor yang harus dijawab oleh tuan harta adalah Dari Mana Punca harta kamu datang?dan Ke Mana arahnya kamu belanjakan harta tersebut?Sedangkan harta yang kita sumbangkan kepada kebajikan dan jalan Allah akan menjadi penolong kita di hari akhirat..Firman Allah yang bermaksud:Dan infaqkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripadamu,Lalu di berkata(menyesal)"Ya Tuhanku sekiranya engkau berkenan menunda kematianku sedikit masa lagi,maka aku dapat bersedeqah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh."(Surah Al-Munafiquun ayat 10).
      Disaat kita sedang tidur dalam kekenyangan di atas tilam empuk di dalam bilik yang berhawa dingin,di sana masih ada insan yang bekerja kais pagi makan pagi,kais petang makan petang untuk menyambung hidup dengan sesuap nasi bersama anak-anak.Semoga madrasah Ramadhan dapat melatih kita menghayati kesusahan orang lain dan berkongsi nikmat kesenangan bersama umat Islam yng lain.

HARAMKAN TAZKIRAH DI SELURUH PAHANG?

Pengharaman Tazkirah di seluruh masjid dan surau di Pahang telah membangkitkan rasa kecewa umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.Setiap umat Islam yang sentiasa menghayati tazkirah di masjid saban malam Ramadhan mempersoalkan,'Kenapa Tazkirah Mesti Diharamkan?".Sedangkan Tazkirah adalah salah satu makanan untuk rohani umat Islam.Kenapa peringatan(tazkirah) yang menceritakan tentang fadhilat ibadah puasa,tadarus Al-Quran,sedeqah,Qiamullail hendak disekat?Adakah tazkirah Ramadhan telah membawa penyakit gejala sosial pada umat Islam di sepanjang Bulan Ramadhan?Sedangkan tazkirah adalah ubat pada penyakit rohani umat Islam.Sudah menjadi lumrah alam,kebanyakan ubat adalah pahit untuk ditelan.
          Di antara fungsi tazkirah adalah dapat memberi motivasi dan menaikkan semangat untuk ahli jemaah masjid berbuat ibadah wajib dan sunat di Bulan Ramadhan.Tazkirah juga boleh menambahkan ilmu umat Islam dalam ibadah puasa,solat sunat tarawih dan baca Al-Quran.Di antara fungsi yang lain adalah menjadi peringatan kepada umat Islam yang lupa dan lalai kepada tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.
         Firman Allah yang bermaksud:Maka Berilah peringatan(wahai Muhammad)Sesungguhnya peringatan adalah bermanfaat bagi orang yang beriman.
         Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah apabila disebut nama Allah gementar hatinya,Dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya,maka bertambah keimanannya,sedang mereka bertawakal kepada Tuhannya.(Surah Al-Anfaal ayat 2)
        Seharusnya Timbalan Pengarah MUIP meningkatkan usaha dengan lebih gigih lagi dalam mengembangkan dakwah dan syiar Islam,bukannya meningkatkan usaha mengecilkan ruang dan peluang dakwah Islam.
        Firman Allah yang bermaksud:Pada hari orang yang zalim(menganiaya diri sendiri)menggigit tangannya seraya berkata:Aduhai kiranya aku ikut jalan Rasul!Hai kecelakaanku!Hai kalaulah tidak kuambil Si Polan menjadi teman!
        Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku peringatan(al-Quran)setelah sampai kepadaku.Adalah Syaitan itu amat khianat kepada manusia.(Surah Al-Furqan ayat 27,28,29)
        Pihak lajnah berbesar hati melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan dan arahan pengharaman Tazkirah kepada seluruh masjid dan surau di negeri Pahang.

Tuesday 23 August 2011

Konvensyen Negara Berkebajikan tangkis tohmahan Umno

Konvensyen Negara Berkebajikan tangkis tohmahan Umno

SMALL KINDNESS NISA' KUALA KRAU 2011



20,21 Ogos 2011:Nisa' Kawasan Kuala Krau telah menjayakan Program Small Kindness 2011.Program yang berlangsung selama 2 hari berturut-turut ini telah berjaya mendapat kerjasama dari pelbagai pihak yang menyumbang sumbangan seperti wang dan tenaga.Program ini dijalankan adalah untuk menyampaikan sumbangan keperluan Idulfitri untuk golongan yang kurang bernasib baik di akhir Ramadhan.

Wednesday 3 August 2011

Perutusan Ramadan 1432 oleh Presiden PAS

Perutusan Ramadan 1432 oleh Presiden PAS

SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DAN PENDOKONG PERJUANGAN KEBENARAN

ZIARAH IHYA' RAMADHAN HALWA KUALA KRAU



3Ogos 2011:Halwa Parlimen Kuala Krau telah turun padang  hari ini menyusuri cerita suka duka kehidupan insan yang kurang bernasib baik di bulan yang penuh barakah,ramadhan al-mubarak.Program tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Halwa Parlimen Puan Rohaya Razali serta ahlijawatankuasa Halwa Parlimen.Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi dan mendengar denyut nadi rakyat serta memberi semangat untuk lebih tabah menjalani kehidupan.Ziarah ini melibatkan masyarakat di sekitar Parlimen Kuala Krau.